e-NCER Directory...
Post by apes Yesterday at 4:46 pm
Anda pernah dengar perkataan NCER (Northern Corridor Economic Region) atau dalam Bahasa Malaysia berbunyi Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Seperti yang kita tahu Rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara ialah sebuah inisiatif Kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan meninggikan tahap pendapatan di utara Semenanjung Malaysia
merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Justeru itu, kami telah mengambil inisiatif dan telah mewujudkan satu website yg berbentuk directory yg diberi nama
e-NCER. e-NCER (e-Northern CYBER Economic Region) adalah salah satu inisiatif yang mana bertujuan untuk mengumpulkan database perusahaan ataupun bisnes yang berada di zon utara semenanjung malaysia.. e-NCER Directory adalah sebuah online directory dan ianya diaspirasikan daripada projek kerajaan iaitu NCER (Northern Corridor Economic Region ), yang mana bertujuan untuk memajukan zon utara...
Oleh itu, matlamat e-NCER Directory ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah portal rujukan yang yang khusus kepada bisnes yang terdapat di sebelah utara.
=======
Matlamat utama e-NCER Directory adalah untuk menjadi portal rujukan yang khusus kepada bisnes di sebelah utara. Ini kerana, NCER ( Northern CYBER Economic Region ) dilihat akan membawa kepada beberapa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti:
* Kerajaan melalui MATRADE ( Malaysia External Trade Development Corporation ) dan lain-lain agensi kerajaan akan membantu mempromosikan NCER sebagai satu lagi ruang pelaburan yang baik. Sekaligus ini akan menarik perhatian pelabur dari luar negara untuk melabur di negara ini atau lebih tepat lagi untuk melabur di Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Jadi, e-NCER Directory pula akan menjadi bahan rujukan untuk bakal-bakal pelabur tersebut mencari maklumat mengenai bidang-bidang yang ingin dilaburkan oleh mereka.
* Kawasan-kawasan yang tidak termasuk di dalam fokus NCER ( seperti Perak selatan dan beberapa tempat lagi ) berpeluang untuk berada di bawah satu bumbung promo ini kepada dunia iaitu dengan cara melalui listing (penyenaraian) mereka di dalam e-NCER Directory ini. Ini sekaligus akan menguntungkan banyak pihak.
* Merupakan satu kaedah masa kini yang termurah untuk memeperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada seluruh dunia melalui listing perniagaan anda di e-NCER Directory
* Merupakan salah satu pelan jangka masa panjang untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda ke mata dunia sekaligus akan menarik pelbagai peluang pelaburan.