BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parkir RM5 juta

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
GEORGE TOWN 5 Sept. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) disiasat berhubung pembinaan parkir bertingkat bernilai RM5 juta di Bukit Bendera.

Pengerusi negeri Kita, Tan Tee Beng berkata, bangunan empat tingkat itu dijadual siap pada suku ketiga 2010, namun sehingga kini ia belum dibuka kepada umum.

"Kami percaya mungkin berlaku beberapa penyelewengan sehingga menyebabkan parkir itu gagal beroperasi selepas siap dibina,” katanya kepada pemberita di depan bangunan SPRM selepas membuat laporan hari ini.

Tee Beng juga berkata, jalan di parkir itu terlalu curam dan hanya kereta bersaiz kecil boleh melakukan pusingan sebaik turun kerana ia terlalu sempit. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register