BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paris hamil lepas jumpa Ronaldo?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mencetuskan khabar angin terbaru berhubung kehamilannya setelah dia dilihat mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Paris menemui seorang pakar perubatan kurang seminggu dia menghabiskan masa intimnya bersama bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, 24.

Bekas pelakon siri realiti The Simple Life itu cuba menyembunyikan dirinya dengan hanya memakai pakaian sukan, topi dan kaca mata gelap.

Namun sekumpulan jurugambar berjaya merakamkan aksi Paris ketika dia berbual dengan menggunakan telefon.

"Kami cuba mengenali antara satu sama lain. Itu sahaja. Ronaldo dan saya berkawan baik, kawan sangat baik," kata Paris, 28.

Ronaldo dan Paris dirakamkan bergembira di sebuah kelab malam di sini pada minggu lalu ketika bekas pemain Manchester United itu meraikan perpindahannya ke Real Madrid.

Selepas parti yang menelan kos £10,000 (RM57,884) itu tamat, Ronaldo dan Paris menghabiskan masa beberapa jam di sebuah rumah.

"Ronaldo benar-benar terpesona terhadap Paris," katanya.

Kedua-dua pasangan itu pernah berjumpa setahun lalu di Los Angeles ketika Paris cuba memikat Ronaldo di sebuah bar tetapi pelawaan itu ditolak.

- Agensi
 
kehidupan barat ... :"> musnah
 
Ronaldo ... Brazil ke atau Ronaldo ... Portugal sama je perangainya ...
 
ala, si ronaldo tu kan lelaki buaya darat...

lelaki buaya darat usah aku tertipu lagi..
ooo..mulutnya manis sekali tapi hati bagai serigala...:eek::eek::eek:

macam lagu minah indon la pulak..
 
pergh! cayalah si dungu paris pon leh lekat kt ROnaldo
 
Back
Top
Log in Register