BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parcel Scam: Rugi RM84,950

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,779
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,779
Reaction score
927
Points
121
Parcel Scam: Penolong pengurus kilang rugi RM84,950
NORAWAZNI | | 30 April 2020

696915.jpg

KUANTAN - Seorang penolong pengurus kilang kerugian RM84,950 selepas diperdaya sindiket penipuan kiriman bungkusan atau Parcel Scam, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun mendakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki memperkenalkan dirinya dari syarikat Ekc Delivery Servis yang memaklumkan terdapat satu bungkusan milik mangsa mengandungi beg berjenama.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa membuat pembayaran cukai sebanyak RM9,150 bagi melepaskan barang itu sampai kepadanya.

"Mangsa seterusnya memberitahu bahawa dia tidak pernah membuat pesanan dari Amerika Syarikat, bagaimanapun suspek mengugut akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan mangsa membuat transaksi wang berjumlah RM9,150 ke dalam satu akaun diberikan suspek pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak cukup dengan itu, suspek sekali meminta mangsa membuat transaksi wang dengan pelbagai alasan termasuk memudahkan bungkusan diterima.

"Mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat dua kali lagi pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan wang diserahkan kepada sindiket itu sebanyak RM84,950," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa kemudian menyedari menjadi mangsa penipuan sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali terperdaya dengan taktik penipuan seumpama itu dan meminta semakan dibuat sekiranya mereka dikaitkan dengan mana-mana pihak berwajib seperti Kastam dan syarikat kurier yang dinyatakan dengan menghubungi telefon sahih bagi mendapatkan kepastian sama ada wujud atau tidak bungkusan terbabit.
 
Sasaran biasanya golongan wanita, mempunyai pendidikan dan bekerjaya.
 
Penjawat awam rugi RM34,500 ditipu sindiket Parcel Scam

ALOR SETAR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM34,500 selepas berkenalan dengan lelaki Vietnam bernama Tony Nguyen melalui aplikasi media sosial 'Tagged'.

Wanita berusia 34 tahun yang bekerja di Pendang dan mempunyai dua anak berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkenalan dengan lelaki terbabit pada 9 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa dan suspek dikatakan sering berhubung melalui aplikasi 'Line kira-kira dua minggu.

Katanya, pada 15 Januari lalu, mangsa mendakwa Tony Nguyen hendak menghantar barang seperti wang, kasut, pakaian, beg, minyak wangi, bunga dan pencuci muka sebagai tanda perkenalan antara mereka.

Beliau berkata, suspek kemudian memberitahu mangsa yang barang terbabit selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim tetapi ditahan pihak berkuasa kerana tidak dibayar cukai.

"Suspek mendakwa barang terbabit perlu dibayar cukai dan meminta mangsa membayar duit cukai barangan terbabit sebagai syarat untuk menerima hadiah berkenaan.

"Pada 18 Januari lalu, mangsa memasukkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN) di cawangan Pendang ke tiga akaun secara berperingkat sehingga mencecah RM34,500.

"Bagaimanapun, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas menyedari dia ditipu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, sehubungan itu, Polis Kedah mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah menjadi mangsa penipuan 'Parcel Scam' sekiranya berurusan atau berhubungan dengan individu di media sosial serta memastikan mereka wujud sebelum membuat sebarang pembelian.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran mana-mana individu hanya dikenali melalui media sosial untuk menerima bungkusan.

Katanya, polis juga mengingatkan orang ramai menyemak kesahihan maklumat diterima melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat daj modus operandi jenayah komersil terkini melalui http://www.facebook.com.my/CyberCrimeAlertRMP/.
 
adoi...xleh hadam kepala ni,
canot brain..kata bebudak sekarang.
camno boleh ditipu semudah abc..!
 
Lelaki warga emas rugi RM400,000 diperdaya 'parcel scam'​

SEREMBAN: Perkenalan seorang warga emas dari Port Dickson dengan seorang wanita di laman sosial sejak Jun tahun lalu, membawa padah apabila beliau kerugian kira-kira RM400,000 akibat diperdaya sindiket 'parcel scam'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, berkata pesara lelaki berusia 78 tahun itu mendakwa berkenalan dengan seorang wanita, Velostin Tina, dari Amerika Syarikat (AS) menerusi laman Facebook.

Aibee berkata, mangsa dijanjikan kiriman bungkusan dipercayai wang bernilai lebih RM60 juta (AS$1.5 juta), yang akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke negara ini.

"Wanita itu berjanji datang ke Malaysia dan memberi 30 peratus daripada wang itu kepada mangsa. Dalam proses untuk mendapatkan bungkusan dijanjikan, mangsa membayar beberapa kos kastam dan cukai ke lima akaun bank berbeza," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Aibee berkata, lelaki berkenaan berasa ditipu selepas diminta membayar sebanyak RM479,250 lagi kepada wanita itu, sedangkan bungkusan dijanjikan masih belum diterima.

Aibee berkata, mangsa membuat laporan polis kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.– BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register