BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Rugi RM325,000 Terperdaya Phone Scam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
b53206121e0f1d0bba0ed6b47dd9e50860532eed9bef6


Seorang guru kerugian RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan daripada individu terbabit dengan mendakwa mangsa telah membuka beberapa akaun bank di Johor, selain terlibat dengan kes pengubalan wang haram.

“Mangsa diarahkan untuk memindahkan wang sebagai wang jaminan ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek, nombor telefon telah disekat serta wangnya tidak dipulangkan seperti dijanjikan,” katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali khususnya yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.

Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

 
Back
Top
Log in Register