BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantau tazkirah

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Pantau tazkirah


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memantau masjid dan surau di seluruh negara sepanjang Ramadan ini bagi memastikan pengisian tazkirah sempena solat sunat Tarawih tidak terganggu dengan perkara selain ibadat, termasuk politik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, menjadi tugas Jakim untuk melakukan pemantauan supaya ibadat masyarakat Islam di institusi berkenaan tidak terganggu.


“Kami sentiasa (memantau), itu tugas Jakim. Kami menasihati masjid dan surau supaya program tazkirah tidak diselitkan antara solat Tarawih. “Jika nak buat, mungkin selepas itu. Kami nasihatkan masyarakat dan jawatankuasa masjid supaya sempurnakan dulu solat Tarawih, selepas itu terserahlah untuk mengadakan tazkirah.

“Tetapi kami tidak mahu ia mengganggu. Harus tazkirah itu ada kaitan dengan Ramadan, puasa dan ibadat, tiada gangguan lain,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Salam Sahur Kasih Ramadan di sini, semalam.


Hadir sama pada majlis itu Atase Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Dr Abdul Rahman Muhammad Al-Albelaihi serta beberapa imam dari Makkah yang bakal mengimamkan solat Tarawih dan Tahajud di masjid utama di negara ini pada malam Ramadan nanti.


Menurutnya, pihaknya berharap ketibaan Ramadan disambut masyarakat Islam dengan hati terbuka, malah memanfaatkan peluang itu untuk melaksanakan ibadat sebaik mungkin. “Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia serta menyambutnya dengan hati terbuka dan gembira kerana kedatangannya hanya sekali setahun. Manfaatkan sepenuhnya masa sebulan ini. “Bukanlah puasa itu mengurangkan semangat melaksanakan kerja dan ibadat, bahkan harus ditingkatkan lagi kerana Allah dan rasul memberi jaminan bonus (pahala) lebih tinggi berbanding bulan lain,” katanya.

Sementara itu, mengenai Salam Sahur Kasih Ramadan, katanya, ia rancangan radio SalamFm Jakim berbentuk realiti yang mendekati masyarakat ketika waktu sahur sempena Ramadan.


“Ia program santai yang penuh pengisian bermanfaat. Tujuan utamanya untuk mengetengahkan realiti di sebalik kehidupan masyarakat sambil beramal, sekali gus boleh diikuti pendengar setia SalamFm,” katanya.

Menurutnya, program itu bersiaran dari jam 2.30 hingga 3 pagi bermula Isnin ini sehingga 10 Ogos depan, dari lokasi berbeza setiap minggu. “Program ini dijayakan dengan kerjasama Jakim dan badan bukan kerajaan, Islamic Aid Malaysia (IAM) serta beberapa restoran penaja,” katanya. Katanya, antara lokasi bakal dikunjungi kru Salam Sahur Kasih Ramadan ialah Madrasah Manbaul Ulum, Segambut, Kuala Lumpur; Rumah Anak Yatim dan Asnaf, Banting serta Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Kapar, Selangor.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pantautazkirah/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register