BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantai Pandak berpuaka?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU - Pantai Pandak di Chendering dekat sini memang digemari pengunjung kerana persekitaran pantainya yang cantik.

Selain berbentuk lagun, pesisir pantai yang dipenuhi pasir bersih dan putih itu dilihat amat sesuai bagi pengunjung untuk mandi-manda.

Namun di sebalik keindahan itu, Pantai Pandak juga ada sisi hitamnya kerana banyak merekodkan kejadian lemas sejak beberapa tahun lalu.

Disebabkan banyak kes mati lemas yang berlaku, ada sesetengah penduduk setempat mendakwa kawasan itu ‘berpuaka’ dan sentiasa menagih ‘korban’ manusia setiap tahun.

Malah ada mendakwa jika seseorang itu berdiri di pesisir pantainya seorang diri, mereka akan dapat berasa seolah-olah pasir di situ bergerak dan kaki bagaikan ‘ditarik-tarik’ ke tengah laut.

PAPAN tanda amaran tidak dihiraukan oleh ramai pengunjung yang masih berani mengunjungi kawasan Pantai Pandak di Chendering, Kuala Terengganu.

Ronda-Ronda Kosmo! difahamkan, sehingga kini seramai 120 orang sudah menjadi mangsa kejadian mati lemas di kawasan berkenaan terutama dari kawasan Sungai Ibai hingga Hujung Batu.

Paling banyak meragut nyawa ialah kawasan Hujung Batu kerana di situ dikatakan hampir 100 kes lemas pernah berlaku.

Sejauh mana kebenaran dakwaan penduduk itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya namun setelah cerita itu menular dan berlaku peningkatan kes dari semasa ke semasa ramai yang mempercayainya.
 
ni mungkin sebab struktur geologi pantai tu kot..
 
puaka la plak..puaka ni xde kene mengene ngan mak mah tu ke ?..
 
aku skang kat kerteh....pantai yg ada...pantai kemasik.....:))​
 
Hai.. suka sangat salahkan sesuatu yang tak munasabah cam ni.....
 
banyak sangat tempt cmni wujud kat Malaysia...
 
iskh.. x percaya aku.. asal byk orang mati je tmpt tu jd puaka..
 
per cer

apa la semua nak salahkan tempat.Salahkan diri sendiri yang degil n alpa.Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tak berusaha untuk mengubahnya.Salah diri sendiri kalau mati lemas.Jangan salahkan tempat.Sebab semua yang telah dijadikanNya semuanya ada kebaikan.
 
kat pantang chenang kt langkawi pun bahaya gak..
dah banyak dah orang mati kat pantai tu..
aku pun dah tak berani nak sewa kat resort tu lagi.
 
Back
Top
Log in Register