balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA PILAH - Gara-gara tidak memiliki lesen memandu, seorang remaja berusia 16 tahun nekad melarikan diri akibat panik selepas terserempak dengan polis peronda.
Namun, tindakannya itu akhirnya memakan dirinya apabila Toyota Vios yang dipandunya terbabas ke dalam longkang.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, remaja berkenaan bertembung dengan peronda polis di Jalan Keretapi Lama Juasseh.
"Remaja itu memandu sendirian dari Pekan Juasseh dalam keadaan mencurigakan. Kebetulan waktu itu, peronda polis melalui kawasan berkenaan.
“Mungkin panik bila nampak kereta peronda polis, remaja itu memecut laju kereta hingga mendatangkan curiga," katanya.
Kata sumber, peronda polis telah bertindak meminta remaja berkenaan memberhentikan kenderaan namun dia terus memecut laju.
"Kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang. Akibatnya, mangsa mengalami retak di bahu kanan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Pilah, Superintenden Luqman Abdul Rahman mengesahkan kejadian berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya.
Beliau turut menasihatkan kepada orang awam supaya memberhentikan kenderaan sekiranya diminta berbuat demikian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Tindakan remaja berkenaan boleh membahayakan diri sendiri juga pengguna jalan raya lain," katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/panik-tiada-lesen-memandu-1.449099