BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panduan Menjadi Trader Profesional

Status
Not open for further replies.
tak pandai la nak share banyak2 ss :)):)):))
ni ss semalam guna teknik parabolic + BBand :)paid

untitled.jpg

ini ss profit..wakakkaka..tunjuk la ss,masa nak entry..
 
ini ss profit..wakakkaka..tunjuk la ss,masa nak entry..

:)):)):))
gurau je masta....

tak mo la tunjuk ss nie...bukan power pon....

:eek::eek::eek:

cerita je gempak..:)):))

:eek::eek::eek:

itu ss baru tu....guna teknik multiterminal....tu yg ada yg banyak price sama....elak dari .......hehehe....
 
penerangan yg cukup padat & berisi
bOleh wak terapkan dlm amalan memorex wak
tQ tt
nk lagi... :p
 
we want more............we want more.............
 
penerangan yg cukup padat & berisi
bOleh wak terapkan dlm amalan memorex wak
tQ tt
nk lagi... :p

:)paid:)paid
tq Wak kerana menyokong..
nanti sy update...nak solat pastu tdo...
 
mmg btul. tade MM + Tamak = loss. tu yang hamba alami
 
TAJUK YG AKAN DITERANGKAN: (NAK PRAKTIS SEBELUM BUKA KELAS)
1-RISK AND REWARD RATIO
2-LOVE STOP LOSS
3-LOSS LAGI?? KAJI KESILAPAN ATAU KEKAL DGN TRADING PLAN?
4-DISIPLIN DALAM FOREX?
5-MM TU YG BUAT AKU SELALU DEPO LA....
5-NAK TRADE KE TAK NAK NIE?
6-KERJA KERAS VS TRADER PEMALAS
7-APAKAH PERATURAN UNTUK BERJAYA DLM FOREX?
8-SEKALI DAH DEPO TIADA LAGI DEPO


Salam kepada trader dan member CG sekalian...
Apa kata kita Bincang mengenai Asas forex semula dan fokus kepada psikologi in trading??
Tak letih ke mencari formula dan teknik mahu pun sistem+indicator+robot dan ..... ada berjuta dalam internet sistem yg boleh kita belajar praktikan dan ada banyak juga boleh buat profit 100% tapi semua tu tak berguna bila tiba ke live trading kan?? bila demo untung berjuta? tapi bila real? hampeh...MC shj...
di mana puncanya??

orait mari kita terus kepada tajuk utama....

R N R atau Risk And Reward Ratio...berapa ramai trader yang tahu?
boleh dikatakan semua trader tahu,dan ada juga yang tak tahu...
Tapi berapa ramai yang praktikan??
Kita semua tahu RNR penting dan asas dlm Forex,tapi tetap tidak menggunakannya....
Bila start Trade..fikir cuma nak Trade shj...tu yg MC tu....
RNR adalah wajib kita praktikan kerana ianya sebahagian daripada MM....dan sebagai trader kita tidak boleh mengabaikan MM....

ok...mari kita lihat apa itu RNR...

RISK : jumlah duit yg mungkin kita loss
REWARRD : jumlah duit yg mungkin kita win profit

seperti yang kita tahu tentang MM "WE SHOULD NOT RISK MORE THAN 2-3% OF OUR CAPITAL IN EACH TRADE"
So pastikan RISK tidak melebihi 2-3%...

Sebagai Trader kita perlu tahu berapa SL yang sepatutnya dan dari situ kita boleh manage proper value pips yg sepatutnya....

sebagai contoh...

eur/usd
modal : usd 5000
setup SL : 80 pips

berapa nilai pips untuk open position??

NI FORMULA DIA...

EQUITY X 2% = RISK

2%/SL = VALUE PIPS

2%/VALUE PIPS = SL


SO: (2%/SL = VALUE PIPS)

5000 X 2% = 100

100/80 = 1.25 PER PIPS

So kita hanya boleh OP lot size 1.25 shj...

orait jika 80 pips SL hits so kita hanya akan loss 2% sahj iaitu 1.25 x 80 = usd 100 risk...dan katakan kita letak TP 240 pips dan hits...
240 x 1.25 = usd 300 reward

jadi RNR Ratio untuk urusniaga ini ialah 100:300 = 1:3

senang kan?? tapi kenapa tak gunakan???

Rasionalnya RNR?

Sebagai trader kita perlu tahu yg trading juga satu perniagaan jadi perlukan modal dan risiko seperti perniagaan lain juga...jadi tidak perlu kita set di minda yg kita perlu 100% win...
dalam forex tiada 100% win...
dalam 5% trader yg berjaya mereka semua loss tapi mereka tetap di kalangan trader yg 5%...kenapa....tidak seperti anda yg loss tetapi dikalangan 95% trader yg gagal...pelik kan??

Dgn penggunaan RNR shj kita pasti tidak akan depo lagi...
kenapa?
katakan anda tetapkan RNR 60:180 = 1:3
dalam sebulan anda trade sebanyak 30 kali dan loss sebanyak 15 kali iaitu 50% dari jumlah trade...
60 x 15 = 900 pips loss
180 x 15 = 2700 pips win

2700 - 900 = 1800 pips..

anda tetap akan untung walaupun anda loss separuh dari trading anda....

akan tetapi jika anda tidak gunakan RNR dan amalkan disiplin trading...sy boleh katakan seminggu anda dah depo lagi....:))

dengan disiplin tunggu signal baru trade..takkan dalam 10 kali trade anda loss semua??? tak mungkin...dapat separuh pun jadi la...

orait selesai sudah tentang RNR esok boleh terus ke bahagian 2...



"LOVE STOP LOSS"




zzzzzzzzzzzzzzzzz dah 4 pagi...esok smbung...:):)

ym, plzz...
 
...pehh nanti ada yg jatuh cinta dgn lecturer baru ni, tesis yg mantopp :D

:)paid
 
kalu nak face to face boleh ke,menarik ni,sy berminat untuk mendalami lagi ..area mana ya:D:">
 
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12355
USD / JPY
158.015
GBP / USD
1.33280
USD / CHF
0.82593
USD / CAD
1.41575
EUR / JPY
177.538
AUD / USD
0.69510
Back
Top
Log in Register