underscore
Legendary Member

- Messages
- 19,745
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 19,745
- Reaction score
- 5,497
- Points
- 486
Sebelum Mandi
Dibersihkan najis mayat (meruang) dan
membersihkan segala kekotoran atau getah, cat,
plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan
atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut
terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor
yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar
sesudah ia dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi)
dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan
menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil
memegang belikatnya dengan tangan kanan
(dengan meletak ibu jari di tengah-tengah
tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut
perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan
benda-benda yang keluar.
Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda
yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula
mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan
oleh orang yang memandikannya dengan
membersihkan kemaluan dan celah-celahnya
(menggunakan sarung tangan).
Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi
hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang
hidunganya, lubang telinga dan celah-celah
kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan
sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat).
Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian
kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh
tubuhnya.
Cara Mandi
Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi
bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut,
kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha
kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu,
ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan,
celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke
hujung kaki kiri 3 kali.
Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan
basuh lambung kanannya bahagian belakang
meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung,
peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3
kali.
Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh
lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu,
belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan
terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
Cara mandi ini pertama dibuat dengan
menggunakan air sabun.
Kemudian dimandikan dengan air bersih,
dilakukan seperti cara mandi dengan sabun,
tujuannya untuk membersihkan segala air sabun
tadi.
Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Kemudian mandi dengan air bercampur kapur
barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air
kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah
hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat
diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan
air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian
ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih
tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"
Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya
lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.
Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan
air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara)
kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya
seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu
memandikan mayat dengan air yang dicampurkan
sedikit kapur barus