BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandu berhemah dapat diskaun tol

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya mencadangkan kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya agar turut memberikan diskaun istimewa bagi bayaran tol kepada para pemandu berhemah sempena perayaan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keistimewaan itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang lazimnya meningkat ketika musim perayaan.

“Katakanlah dari sini nak ke Melaka, sepatutnya (ambil masa) dua jam. Tetapi kalau dia boleh sampai satu jam atau satu jam setengah, maka dia tak dapat diskaunlah.

“Ini adalah perkara yang boleh difikirkan oleh pihak konsesi untuk menggalakkan orang ramai memandu mengikut kelajuan yang sepatutnya dan mungkin diskaun ini kena beri lebih tinggi lagi,” katanya selepas merasmikan Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors) di Restoran Jejantas USJ di sini semalam.
 
kalau jem sumedpt diskaun :)...bagus tp seksa !!!!!!diskaun 50%...kalau rehat lame kt R&R dpt diskaun huhuuhu..syiok gk..aku dr selayang nk k kulai..rm40+-so ...kalau jem bleh dpt diskaun bpe byk??
 
kalau jem sumedpt diskaun :)...bagus tp seksa !!!!!!diskaun 50%...kalau rehat lame kt R&R dpt diskaun huhuuhu..syiok gk..aku dr selayang nk k kulai..rm40+-so ...kalau jem bleh dpt diskaun bpe byk??

diskaun anda adalah RM4 hehheehe...mana boleh bagi byk2..rugi wooooo...:))
 
idea tul mmg lawak....

pecut lpas tu dok tidur kat RNR lpas tu pecut...dpt diskaun..:)) :))
 
idea tul mmg lawak....

pecut lpas tu dok tidur kat RNR lpas tu pecut...dpt diskaun..:)) :))

nie mcm citer lumba kura2 & arnab plak... arnab pecut pastu tido dulu , pastu sambung pecut .... lawak2.. :eek::eek::eek:
 
antara idea paling bengap yg diberi selepas encik samy vello:))...nk jadi menteri otak kena cerdik skit,.contoh katakan ada 500 kenderaan,katakan 100kenderaan bawa slow,400 lagi jenis bawa laju..apa akan jadi dekat highway nanti?dah tentu jem teruk..tak payah 100 kenderaan la, kalau sebuah kenderaan bawa slow pun boleh jem teruk inikan 100,200,@5000 kenderaan semata mata nk dpt tol murah!!..nk settle senang jer cuba jangan bagi tol masa raya nanti..pemerhatian aku jem selalu masa nk masuk tol & dekat nk sampai tol sehingga la masa nk bayar tol.. kalau ikut logik bawa laju la cepat sampai,bukan bawa slow..simple jer pak menteri..:)
 
Apalak diskaun... patutnya sape yg sampai kurang dari masa yg sepatutnya.. kompaund ler.. dh tentu lari laju...
 
ramai yg tunggu sebelom tol ..nak cukup kan jam..hehhee
 
Back
Top
Log in Register