wHispering aLiph
Fun Poster
- Messages
- 493
- Joined
- Aug 22, 2009
- Messages
- 493
- Reaction score
- 120
- Points
- 23
sebelum ini saya tak tahu pun cerita ttg pancuran emas ini.
bebaru ini(23/05/2010),family saya br pulang dr umrah dan menceritakan ttg
pancuran emas tersebut.baru saya tahu,mungkin anda sudah tahu..
pada yg belum tahu,mari kita berkongsi bersama.
Hijir Ismail (al-Hath'im) merupakan bangunan yang membentuk separuh bulatan. Pada mulanya Hijir Ismail membentuk lingkaran yang penuh, tetapi semasa zaman Quraisy, separuh lingkarannya terpotong. di sini nabi Ibrahim membina sebuah rumah kecil dari batang pokok yang berdahan rimbun untuk anaknya nabi Ismail dan Siti Hajar. Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang Hijir Ismail "Apakah ia sebahagian dari Baitullah, Nabi menjawab ,"Betul". Dapat disimpulkan di sini bahawa Hijir Ismail merupakan sebahagian dari Kaabah iaitu kira-kira 3 meter . Itulah sebabnya kita tidak boleh menyentuh tepi dinding Hijir Ismail semasa tawaf . Sekiranya tersentuh , tidak sah pusingan tawaf tersebut. Seboleh2 elakkan semasa tawaf berada berhampiran Hijir Ismail kerana ditakuti sekiranya terlalu ramai jemaah dan berlaku tolak-menolak, anggota badan kita tersentuh kepada Hijir Ismail.
Bagi kita orang biasa yang memang agak sukar dapat peluang bersolat di dalam Kaabah, sekiranya kita bersolat di dalam kawasan Hijir Ismail (lebih kurang 3 meter dr dinding Kaabah), maka sesungguhnya ia telah solat di dalam Kaabah. Itulah sebabnya semasa musim haji, kawasan di dalam Hijir Ismail sentiasa penuh dan agak sukar utk memasukinya. Anggota polis sentiasa mengawal kedua2 pintu masuk ke Hijir Ismail dan seorang anggota pula akan berdiri di atas tembok di situ. Bagi jemaah yang degil, ada yang memanjat tembok Hijir Ismail tersebut. Hijir Ismail merupa salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa, maka jemaah sentiasa mengambil kesempatan untuk memasuki ke kawasan tersebut.
Tepat di atas Hijir Ismail di bahagian atas, terletaknya talang air emas atau lebih popular dikalangan kita sebagai "pancuran emas". Ia dibina untuk melancarkan perjalanan air sekiranya berlaku hujan yang mula2 dibina oleh kaum Quraisy. Merupakan tempat yang mustajab berdoa di bawahnya pada waktu sahur.
* siapa yg ada info ttg sejarah "pancuran emas" sila kongsi