BTC USD 82,320.3 Gold USD 4,175.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pancing jerung

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


​

OSLO . - Seorang kaki pancing di Norway terpaksa mengerah kudrat selama 90 minit untuk menewaskan seekor ikan jerung seberat 565 kilogram, sekali gus berjaya mencatat rekod dunia memancing ikan terbesar hanya menggunakan sebatang pancing dengan menaiki kayak.

Portal berita Mirror Online melaporkan, pemancing tersebut, Joel Abrahamsson mencatat rekod itu ketika memancing di kawasan perairan di Pulau Andorja dengan menggunakan umpan ikan seberat 36 kilogram.

Malah, Abrahamsson mengambil hanya masa kira-kira 25 minit untuk membiarkan umpannya tenggelam ke dasar tasik sedalam 487 meter sebelum disambar oleh ikan jerung jenis Greenland sepanjang 4.5 meter yang dipercayai berusia 200 tahun.

Selain itu, dia yang berasal dari Gothenburg, Sweden, sanggup melilitkan tali pancing di badannya untuk menewaskan jerung berkenaan walaupun tindakannya mendatangkan risiko ditarik ke dalam air yang sejuk.

Menurut lelaki berusia 33 tahun itu, dia telah berlatih menarik blok simen seberat 27 kilogram menggunakan pancing di sebuah tasik tempatan semata-mata mahu mendapatkan kekuatan untuk memancing ikan jerung yang besar.

Jelasnya, dia mula berkecimpung dalam aktiviti memancing menggunakan kayak sejak lima tahun lalu kerana mahukan cabaran baharu dan merasai debaran menarik ikan jerung.

“Ada ketikanya, saya berasa sukar untuk melawan jerung terbabit dan saya terpaksa bertahan agar tidak terjatuh ke dalam air.

“Malah, saya berasa takut apabila sempat melihat kelibat jerung itu di bawah kayak saya, tetapi turut berasa kagum kerana ini kali pertama saya mendapat ikan jerung yang sangat besar,” katanya.

Abrahamsson memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan seorang pemancing kayak di Alaska pada 2007 apabila menewaskan seekor jerung seberat 226 kilogram.

Bagaimanapun, rekod yang dicatatkan adalah tidak rasmi kerana tiada sijil yang dikeluarkan bagi pencapaian tersebut.
 
Orang putih kalau memancing memang bersungguh gitu sampai sanggup bertarung.
 
Disuruhnya jerung tu tarik kayak dia sejam mau tak tewas jerung tu...keh2
 
ikan umpan je dah 36 kilo.. tak tau brapa besar mesin pancing yg dia pakai.
 
Umpan sumbat ngan racun lenex boleh la..kaum ni banyak putar belitnya.Ada orang check ke umpan dia..
 
kalo pakai umpan dedak msti dpt lg besar..
hahhaha...
melawak je...

tp mmg brani org putih ni...
kalo den la dpt menatang ni, besor lagi dari kayak..
cnfrm den potong tali...
takkuuuutttt wwooooooo......
 
kalo die umpan guna kaki kan ke senang... kocak2 air sikit jer rasanya tak sampai seminit, kalo nak lagi cepat kasik lukakan sikit kaki kasik ade bau darah... tak payah nak susah2 lawan Tarik sampai 25 minit :eek:
 
Back
Top
Log in Register