BTC USD 22,731.2 Gold USD 1,923.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Panas) Ahmad Dhani semakin bongkak!

azizwan

Fun Poster
Messages
254
Joined
Feb 28, 2008
Messages
254
Reaction score
13
Points
15


Bila nama sudah berada di puncak, memang mudah untuk seseorang itu bersifat bongkak
dan meninggi diri. Begitulah hal yang terjadi terhadap ketua kumpulan Dewa 19, siapa lagi
kalau bukan Ahmad Dhani apabila dia mengeluarkan kenyataan yang bersifat bongkak semasa
diwawancara mengenai kehadiran mereka membuat persembahan secara percuma di pusat
hiburan KL-Live yang dianjurkan oleh Bank Mandiri Remittance (Syarikat penghantaran wang
ke Indonesia) baru-baru ini. Korang ikuti laporan akhbar kat bawah ni dan korang
nilaikannya sendiri.

TIDAK dinafikan, saat ini Dewa 19 merupakan antara kumpulan yang popular dan mempunyai
ramai pengikut di Indonesia termasuklah para pekerja atau rakyat negara itu yang bekerja
serta menetap di negara ini.

Justeru, kumpulan yang dianggotai lima anggota ini sering menerima undangan mengadakan
persembahan di negara mereka dan juga di ibu negara di mana yang terbaru di pusat
hiburan KL-Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Mungkin disebabkan
sambutan itulah menyebabkan peneraju utama Dewa 19, Ahmad Dhani dilihat seakan-akan
semakin bongkak dengan sambutan yang diberikan oleh para peminat terhadap muzik rock
yang mereka ketengahkan sejak kebelakangan ini. Kebongkakan bapa kepada tiga anak lelaki
ini dapat dilihat menerusi kenyataannya yang mendakwa sudah kaya raya hasil
pendapatannya daripada bidang muzik dan tidak memerlukan para peminat membayar harga
tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulannya itu.

“Saya sudah kaya raya sekarang ini. Kalau bikin konsert percuma pun tidak mengapa,”
katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas Dewa 19 mengadakan persembahan di pusat
hiburan itu anjuran Bank Mandiri Remittance yang disaksikan kira-kira 3,000 peminatnya.
Konsert Dewa 19 dan Inul Daratista itu dianjurkan secara percuma oleh anak syarikat bank
yang berpusat di Indonesia itu bagi menghargai sokongan rakyat Indonesia di negara ini yang
telah menggunakan perkhidmatan bank tersebut. Menurut Ahmad Dhani, dia dan Dewa 19
juga tidak berasa malu atau meletakkan taraf kumpulannya berada di bawah apabila
diundang bagi mengadakan persembahan percuma yang bukan setakat diadakan di negara ini
tetapi juga di negara kelahirannya itu.

“Buat apa saya mahu malu? Sebagai sebuah kumpulan yang kaya raya dan juga berasal dari
negara yang kaya raya, kami bangga kerana dapat mengadakan konsert yang percuma
seperti ini. Kalau di Indonesia, ia perkara biasa bagi kami. “Biasanya kami hanya mengadakan
konsert percuma di outdoor (kawasan terbuka). Walau bagaimanapun, kami tetap
mengenakan bayaran tiket pada konsert indoor (kawasan tertutup) yang kami adakan di
negara kami,” ujarnya.

Beliau mengulas persoalan itu apabila diajukan isu tentang kesanggupan Dewa 19
mengadakan persembahan secara percuma di negara ini biarpun mereka merupakan antara
kumpulan dari Indonesia yang mampu menarik ramai penonton setiap kali mengadakan
persembahan di sini. Sayangnya, pada masa sama Ahmad Dhani mungkin sedikit terlupa akan
kebongkakannya itu apabila dia mengakui Dewa 19 menerima token atau bayaran saguhati
atas persembahannya yang disaksikan oleh 99 peratus penonton warganegara Indonesia
tersebut. “Biarpun tiada harga tiket dikenakan tetapi untuk persembahan ini pihak
penganjur telah membayar kami RM100,000,” katanya yang menjawab sambil acuh tidak acuh
lantas terus meninggalkan belakang pentas sejurus kumpulannya selesai mengadakan
persembahan pada petang itu. – Utusan


Hurm.. Apa-apa je la Dhani. Dan kalau betul kamu dah kaya raya, alhamdulillah sebab itu
rezeki kamu. Tapi janganlah kamu bongkak sampai tahap Dewa sebab bila-bila masa je
kekayaan kamu tu boleh hilang dalam sekelip mata. Kamu kena ingat tu? Lagi 1, kalau benar
negara kamu kaya raya, kenapa masih ramai warga Indonesia yang sanggup naik tongkang
untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan sesuap nasi?


Diambil dari http://www.zonartis.com/ahmad-dhani-perasan-bagus-keluarkan-kenyataan-bongkak/

Ahmad Dhani :(scam
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register