BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAN sedia jadi benteng DAP

Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

Kalau yg ni projek mega.Logik ler pakai engineer luar sbb nak buat Terowong Bawah Laut.Malaysia x de kepakaran lg.Sama mcm buat jambatan pulau penang.Tun M lantik company dr korea dgn syarat company korea tu train 6 engineer tempatan untuk buat jambatan.

Isu ni x sama dgn Pas kelantan yg bg lombong emas kat cina hong kong tu.Kat penang, lepas projek habis, 100% jambatan jd properties malaysia n rakyat malaysia jugak yg boleh lalu. Kat kelantan tu lepas emas habis, kene tunggu at least 50 tahun baru boleh tebus guna sbb bahaya.pas kelantan dpt royalti 8% jer.lg 92% pi bg kat cina.elok ler sgt. :))

Ni director board Zenith.ade jugak org melayu. :)) :

BOARD OF DIRECTORS
Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli
Director

Dato‘ Lee Chee Hoe
Director

Dato’ Chew Khoon Aik
Director

Dato’ Zainal Abidin Bin Abdul Rahim
Director
 
Last edited:
Kalau yg ni projek mega.Logik ler pakai engineer luar sbb nak buat Terowong Bawah Laut.Malaysia x de kepakaran lg.Sama mcm buat jambatan pulau penang.Tun M lantik company dr korea dgn syarat company korea tu train 6 engineer tempatan untuk buat jambatan.

Isu ni x sama dgn Pas kelantan yg bg lombong emas kat cina hong kong tu.Kat penang, lepas projek habis, 100% jambatan jd properties malaysia n rakyat malaysia jugak yg boleh lalu. Kat kelantan tu lepas emas habis, kene tunggu at least 50 tahun baru boleh tebus guna sbb bahaya.pas kelantan dpt royalti 8% jer.lg 92% pi bg kat cina.elok ler sgt. :))

Ni director board Zenith.ade jugak org melayu. :)) :

BOARD OF DIRECTORS
Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli
Director

Dato‘ Lee Chee Hoe
Director

Dato’ Chew Khoon Aik
Director

Dato’ Zainal Abidin Bin Abdul Rahim
Director

ada je pandap bg alasan.
punya byk duit abis kt kajian tersebut.
da same mcm bn da aku tgk dap ni...
pan bekap la lg dap ni....
 
nasib le kena jadi benteng

lepas benteng jadi kuli

lepas kuli jadi pak hangguk

lagu tu je la nampak gayanya

malas nak komen banyak la .. ikut depa la
 
Bukan setakat org Melayu sanggup jd balaci cina je, siap ade kerajaan melayu yg sanggup jd balaci cina. :eek:

32212176472_edf0d3c3ec_c.jpg

32212176162_d87d2c519b_z.jpg


32323087606_702e484d83.jpg

Kelantan pun upah kompeni china ke?
 
Saja nak peringatkan kepada Tun M sebab Melayu Mudah Lupa.
Dulu tahun 1988 tertubuhnya parti serpihan UMNO dikenali sebagai Semangat 46 bukan main lagi ligat dan hebat S46 kena sebat lumat dituduh sebagai pengkhianat.
Tiada belas ehsan dan sedikit kompromi pun.
Hanya apabila S46 dibubarkan pada tahun 1996 dan hampir kesemua ahlinya diresap semula kedalam UMNO baharulah dianggap sebahagian dari UMNO semula.
Mengapa gelagat itu tidak mau dipersoal dan pertikaikan???
Mengapa apabila PAS tiada kompromi dan mau berunding dengan pengkhianat PAN perlu dijadikan isu dan dipersoalkan???
Memang benar kata Tun M .. Melayu ini adalah yang jenisnya mudah lupa atau buat-buat lupa.
 
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian kebolehlaksanaan bagi projek berskala besar seperti terowong dasar laut Pulau Pinang sepatutnya melibatkan kos kurang daripada RM305 juta.

Fadillah berkata berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kerja Raya, kajian seperti itu sepatutnya melibatkan kos yang rendah kerana peratusan daripada kos projek boleh dirunding untuk dikurangkan kepada kadar hari bekerja berikutan skop dan jumlah yang terlibat adalah besar.

"Saya terkejut apabila mendengar pendedahan (Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional) Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kajian bagi projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion itu, yang katanya hanya untuk kertas kerja asas, akan menelan kos RM305 juta.

"Adalah juga dikesalkan apabila mendengar bahawa dengan jumlah sebesar itupun, kerajaan Pulau Pinang menghadapi kelewatan untuk menyiapkan kajian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja tersebut dengan kos jauh lebih rendah daripada RM305 juta serta boleh menjamin kajian itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Oleh itu, saya ingin menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Raya tentang bagaimana kami boleh membantu untuk mengurangkan kos bagi kajian kebolehlaksanaan itu serta memberi jaminan ia akan disiapkan mengikut waktunya, berbanding pelbagai kelewatan yang sudah mereka alami," katanya.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rahman meminta kerajaan Pulau Pinang memberi penjelasan bagaimana kajian kebolehlaksanaan cadangan membina terowong dasar laut Pulau Pinang boleh melibatkan kos hingga RM305 juta.

Katanya, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kertas kerja dan laporan penyelidikan bagi pelaksanaan projek.
 
Dia ingat buat terowong dasar laut mcm buat kapalterbang kertas kot.. :)) :))
 
GEORGETOWN: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, hilang 'cool' ekoran mengamuk dan mencarut diatas pentas debat 'Tiga Lebuhraya dan Terowong Dasar Laut' menentang wakil Barisan Nasional - Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng.

Hock Seng berang selepas penjelasannya tidak diterima kira-kira 500 penyokong Gerakan yang hadir pada debat tersebut dan terus mengeluarkan kata-kata kesat; ***** dan hooligan.

Sejurus selepas kenyataan dikeluarkan oleh ahli DAP itu, beberapa lelaki cuba menyerbu pentas meminta penjelasan dari Hock Seng walaubagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Teck Meng yang bercakap kepada pemberita selepas tamat debat tersebut menyatakan kekecewaannya terhadap Hock Seng yang gagal mengawal emosi sambil menyifatkan ahli politik veteran itu sebagai tidak rasional.

"Saya berasa seronok berpeluang untuk berbahas malam ini supaya rakyat akan lebih faham tentang projek ini namun kecewa dengan kelakuan dan perbahasan Lim yang menggunakan perkataan kurang sopan seperti ***** dan celaka," katanya.

Debat kali ini membincangkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) bernilai RM27 bilion dikendalikan moderator Lee Khai dihadiri 1,000 penyokong dari kedua-dua belah pihak.

Kata Teck Meng, lawannya dari DAP itu tidak menjawab sebarang persoalan yang dilontarkan sewaktu debat itu berlangsung lantas mengesyorkan Jabatan Audit Negara membuat penilaian terhadap PIP sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar telus dalam pentadbiran mereka.

"Kerajaan negeri harus menjemput Audit Negara untuk membuat pengauditan terhadap projek ini sekiranya tiada apa-apa yang cuba disembunyikan daripada rakyat.

"Apa yang cuba dibawa oleh Lim sudah lari daripada tajuk. Saya cuba mempersoalkan keperluan terowong dasar laut, mengapakah kerajaan berbelanja begitu banyak dalam kajian kebolehlaksanaan dan apakah sebab dalam kenyataan bercanggah antara kerajaan dan kontraktor projek namun tiada jawapan diterima," katanya.

- Malaysian Digest
 
Back
Top
Log in Register