BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAN sedia jadi benteng DAP

planar

Active Member
Messages
2,263
Joined
May 28, 2008
Messages
2,263
Reaction score
65
Points
30
Amanah sedia jadi benteng pertahan DAP

ATIRAH HASLI11 Disember 2016

Jamzuri Ardani
Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah. - Foto Facebook Amanah

image.jpg

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.

Jamzuri ketika berucap di Konvensyen Amanah hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.
 
Last edited:
Kenapa pulak dia nak jadi benteng DAP ni? DAP tak ada benteng sendiri ke? Bo.do piang punya PAN ni.
 
adoi, agak2 laa nak tunjuk sokongan..cover sikit ayat tu..tukar ayat lain kaa...kakakakka. Kalau kata khadam DAP marah.
 
Dah kerjasama .. biasa la.. tu amanah nak kata benteng ka terpulang pd amanah la..

Bila melayu pandang buruk pada dap.. amanah pebetoi..
Bila cina pandang buruk pd amanah.. dap pebetoi..

Mcm pas la..

Syiah dok bunuh org sunnah.. pas pertahan kata berlainan mazhab boleh nasihat...
Umno scammer curik duit rakyat.. pas pertahan.. kata melayu islam boleh nasihat..
Bila pas kena hentam.. umno pertahan.. kata ada kerjasama ruu..

Sama je..
 
parti yg memenuhi kehendak melayu urban ke bang mie?

atas kertas mmg indah2 belaka bang mie :))
 
Dah kerjasama .. biasa la.. tu amanah nak kata benteng ka terpulang pd amanah la..

Bila melayu pandang buruk pada dap.. amanah pebetoi..
Bila cina pandang buruk pd amanah.. dap pebetoi..

Mcm pas la..

Syiah dok bunuh org sunnah.. pas pertahan kata berlainan mazhab boleh nasihat...
Umno scammer curik duit rakyat.. pas pertahan.. kata melayu islam boleh nasihat..
Bila pas kena hentam.. umno pertahan.. kata ada kerjasama ruu..

Sama je..

perghhhh...
harap bukan fitnah..
umno pertahan pas tuuu....
pasni ahli umno jgn lupe undi pas....
 
Kenapa pulak dia nak jadi benteng DAP ni? DAP tak ada benteng sendiri ke? Bo.do piang punya PAN ni.

kena bodek la sikit bro....
nak menunjukkan kreadibiliti mereka sebagai mahchai sejati dap
 
Back
Top
Log in Register