Pertelingkahan antara PAS dan parti2 lain dalam Pakatan, PKR dan DAP bermula daripada isu krisis Menteri Besar Selangor pada tahun 2014 dahulu.Puncanya kenapa PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid adalah kerena ketidakpuasan hati ahli2 dan kepimpinan PKR dengan Tan Sri Khalid kerana tidak menurut dasar2 parti dan tidak mengendahkan kepimpinan tertinggi PKR. Sedangkan nama beliau di angkat oleh kepimpinan PKR sebagai calon MB, oleh itu sepatutnya beliau patuh pada setiap keputusan kepimpinan dalam melaksana kan dasar2 parti untuk kebaikan negeri selangor dan PR kesluruhannya. Selain dari itu wujudnya dua puak dalam PKR ketika itu iaitu team Tan Sri Khalid dan team Azmin Ali. Lepas tu pulak keceluparan mulut anak emas Khalid Ibrahim yang pada asalnya pembantu khas beliau iaitu Faekah Husin yang kerap mengkritik kepimpinan PKR secara terbuka menyebabkan rasa tak puas hati di kalangan ahli PKR. Bukan saja ahli PKR yang tidak puas hati, tetapi termasuk juga PAS dan DAP. Selepas itu, Faekah Husin di lantik sebagai CEO MBI Incorporated. Sebelum beberapa hari Tan Sri Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, beliau telah melulus kan bayaran bonus sebanyak rm2.7 juta kepada 8 orang orang kanan beliau termasuk Faekah Husin yang menerima bonus hampir setengah juta. Sebaik saja Azmin jadi MB, Azmin mengarahkan mereka berlapan memulangkan duit itu kembali kepada kerajaan selangor sebab pembayaran di buat tergesa gesa, meragukan dan tidak mengikut prosedure.
Berbalik kepada soal perlantikan MB Selangor tadi, tujuan utama kenapa Anwar Ibrahim nak ambil alih jawatan MB melalui langkah Kajang adalah bertujuan untuk meredakan ketidakpuasan hati ahli2 PKR, DAP serta juga Pas terhadap Tan Sri Khalid dan juga untuk memastikan dasar2 di persetujui bersama parti2 dalam PR di jalankan oleh kerajaan negeri selangor. Malangnya bila Anwar di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan hanya beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang, strategi asal telah tidak jadi kenyataan dan PKR terpaksa menggantikan Anwar dengan Wan Azizah.
Sejak bermula ura-ura PKR nak menggantikan Tan Sri Khalid,Presiden PAS, Hadi Awang adalah orang yang paling tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sedangkan Timbalan Presiden PAS dan kepimpinan PAS negeri Selangor berpendapat itu adalah hak PKR untuk tentukan calon kerana dalam perjanjian awal selepas PRU dulu, calon MB adalah dari PKR dan telah di persetujui bersama oleh 3 parti. So sepatutnya hak PKR untuk tentukan calon MB dan PAS tidak wajar masuk campur. Ketika PAS nak tentukan MB Kedah dulu, PKR tidak pernah nak masuk campur dan menyerahkan nya kepada PAS untuk tentukan. Tapi entah kenapa, Hadi Awang yang keras kepala tu berkeras mahu Tan Sri Khalid di kekalkan. Pada ketika itu timbul cerita yang antara sebab kenapa Hadi Awang mahu Tan Sri Khalid di kekalkan kerana terhutang budi kepada Tan Sri Khalid sebab melantik menantu beliau yang bergelar Din Ayam memegang jawatan tinggi dalam GLC Selangor yg bernama Kumpulan Perangsang dan kemudian menerima saham bernilai hampir setengah juta.
Kemudian di dalam mesyuarat2 majlis Presiden, Hadi Awang kerap tidak hadir mesyuarat tetapi hanya mewakilkan kepada Mat Sabu. Setelah ketiga2 wakil parti setuju dan sebulat suara nak melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor, Hadi Awang tetap tidak brsetuju dan membuat keputusan sendirian. Ada di kalangan pemimpin PAS pro Hadi ketika itu mahukan Iskandar Samad sebagai MB. Ketika itu terdengar wujud perancangan sulit antara PAS dan Tan Sri Khalid serta UMNO untuk wujudkan kerajaan campuran dengan mengekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB. Kerana ketika itu PAS ada 15 kerusi, Tak Sri khalid 1 kerusi dan UMNO ada 12 kerusi so jumlah semua 28 kerusi dan Hadi Awang begitu yakin dapat menarik beberapa ahli PKR untuk menyeberang kepada mereka dan peroleh majoriti mudah. Malangnya perancangan sulit tersebut terbantut apabila dua orang ADUN PAS enggan bersama hadi awang, sebaliknya menyokong Wan Azizah sebagai MB. Akibatnya hadi awang melenting marah dan menggelarkan dua orang adun PAS tersebut dengan kata-kata nista dan keras kerana tidak ikut arahan parti. Tindakan dua orang ADUN PAS tersebut harus di puji kerana menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat selangor.
Bersambung nanti...........