Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 sedang berlangsung di Perpustakaan Negara dan akan berakhir pada 26hb Ogos 2014. Pengkaji & peminat Sejarah, khususnya yang berkaitan Malaysia & Tanah Melayu tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk mendekati & melihat dengan lebih dekat hasil tinggalan berharga dari beratus-ratus tahun dahulu.
Dianggarkan terdapat sekitar 10000 Manuskrip Melayu yang disimpan oleh sebanyak 151 institusi di seluruh dunia.
(Pameran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin lebih 2 bulan yang lalu)
Tidak menjadi suatu yang menghairankan jika University of Cambridge atau Perpustakaan British di Britain menyimpan rekod yang berkaitan, tetapi jangan terkejut apabila Vatican City Library di Rome & Russian Academy of Sciences di St Petersburg juga memiliki khazanah berharga seumpama ini.
Perpustakaan Negara sendiri mempunyai sekitar 4600 tajuk manuskrip Melayu yang kebanyakannya ditulis di dalam tulisan Jawi & Bahasa Melayu Klasik.
Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 di perpustakaan Negara, No. 232, Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur. Waktu buka: 10am to 5pm. Hotline: 03-26871700 Masuk Percuma. Maklumat Lanjut di web: www.pnm.gov.my.
*ringkasan dari;
http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Arts/Frame-Up/2014/08/10/Echoes-of-the-past-in-Malay-Manuscripts-exhibit/
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pertahan-manuskrip-melayu-sebagai-dokumen-warisan-1.284089
