BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paklah setuju dialog UMNO-PAS

Bantu SAR: Kerjasama PAS-Umno di K'tan
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 4:42pm
Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ia merupakan langkah permulaan ke arah mewujudkan kerjasama PAS-Umno.

Hishammuddin berkata, kerjasama antara kedua buah parti Melayu-Islam itu adalah penting demi kepentingan perpaduan Melayu dan agama Islam.

sehubungan itu, katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan hadir sendiri untuk menerima bantuan tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat exco pergerakan Pemuda Umno di ibu pejabat parti ini Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

"Dalam hal yang munasabah, dalam hal orang Islam dan orang Melayu kita tidak terbelenggu dengan isu yang sempit.

Terang isu semasa

"Bagaimanapun, Pemuda PAS jangan mengambil kesempatan dengan sikap tidak konsisten langsung dalam persoalan bangsa dan agama," katanya.

Sementara itu, Pemuda Umno, kata Hishammuddin menyokong penuh peralihan kuasa dari perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tetapi, kata menteri pelajaran itu, ini bukan bermakna orang tidak boleh bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti Disember ini.

"Pemuda Umno tidak boleh menghalang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bertanding dalam pemilihan parti kerana hak pertandingan ada dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, katanya, Pemuda Umno akan memastikan peralihan dalam parti berjalan lancar.

Hishammuddin berkata, Pemuda Umno akan turun ke bawah untuk menerangkan isu-isu semasa termasuk isu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli-ahli parti itu.

Katanya, pada peringkat awal, ia membabitkan Terengganu, Kelantan dan Pahang dan dijangka bermula minggu ini
 
ooooo

aku tgk smalam sherby kena teruk..huhuhuhuhuh
 
salam je la... tanda hormat menghormati... yang heran yang tua lak gi bersalam ngan yang muda.... beradap la sket... tau la menteri.... tapi hal dialog umno - pas nie... nampak gaya ameno mcm dah terdesak je.... dulu, pas mana diaorg pandang... hampes....:(scam :(scam :(scam
 
PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.

PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.
 
Nik Aziz mahu muzakarah melalui pihak ketiga
17/07/2008 7:04pm

KOTA BHARU 17 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sekiranya keadaan begitu menuntut UMNO berbincang dengan Pas soal perpaduan Melayu dan umat Islam, usaha itu perlu dilakukan melalui pihak ketiga.

Nik Abdul Aziz berkata, syarat itu sebagai salah satu jaminan bahawa Pas tidak diperangkap oleh permainan politik UMNO sebagaimana yang pernah dialami sebelum ini sehingga wujud keretakan besar dalam parti tersebut.

``Sudahlah kami ditendang daripada Barisan Nasional (BN), parti kami (Pas) pula pecah menjadi tiga, jadi kami hendak buat pula kali ini, apa jaminan bahawa kami tidak diperangkap.

``Sebab itu, kami minta orang ketiga menganjurkan muzakarah ini,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Pengarah Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), di sini hari ini.

Tengok apa jadi dgn PAS bila bekerjasama dhn UMNO. Ramai tak tau sejarah ni...
 
nie la gelagat sebuah parti yang dah terdesak nak dapatkan sokongan rakyat... takyah wat dialog la... dah takde maknanya.... maybe nie la alternatif bee end untuk terus berkuasa... takde modal lain dah ke... apara...
 
Mungkin benar UMNO terdesak tapi kalo kita lihat dari sudut positif... ianya perlu ada muafakatan dengan keadaan berhati2.. Kalo Zaman Mahathir memang memang penuh tipu daya tapi zaman Pak Lah nih mungkin tipu daya tuh kurang...
 
Back
Top
Log in Register