Salam sejahtera warga CG,
ALHAMDULILLAH kami terima banyak emel daripada warga CG tentang Pakej Percutian dari QS Travel Services. Ramai berminat dan bertanyakan tentang pakej kami yang sedia ada, dan juga pakej percutian mengikut bajet mereka. Kami di QS Travel Services sedia membalas emel anda dan membantu memberikan info terbaik tentang pakej-pakej kami.
CUMA kami mohon kepada anda, jika inginkan percutian mengikut bajet anda... DIPOHON supaya memberi ANGGARAN BAJET yang LOGIK & BERSESUAI dengan destinasi pilihan, selain maklumat lain seperti BILANGAN PESERTA, DESTINASI PILIHAN dan TARIKH/BULAN berlepas. Kami memerlukan maklumat dari pihak tuan/puan dengan lebih lanjut sebelum dapat memberi pakej yang bersesuaian untuk tuan/puan.
Contohnya, ada orang yang nak melancong ke Australia pakej all-in( termasuk tiket penerbangan) tapi bajet RM 1500. Kalau bajet tu tak termasuk tiket penerbangan, insyaAllah kami dapat 'adjust' untuk pakej ground handling di Australia.... Ada juga nak melancong kemana-mana destinasi dengan bajet RM 250. Kalau kat Malaysia, hotel pon dah berapa RM.
Jadi, ANDAI KATA anda ingin melancong dengan bajet sebegini, kami cadangkan supaya anda membuat penempahan secara persendirian. Ini kerana mungkin anda akan dapat melancong dengan bajet anda dan lebih murah. Anda hanya perlu survey destinasi pilihan termasuk tempat penginapan, aktiviti, pengangkutan dan kos makan/minum anda disana. Banyakkan survey untuk dapatkan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda.
Sekian, terima kasih.
QS Travel Services.
KKPL/5250