g_kan
Active Member
- Messages
- 2,279
- Joined
- Jan 22, 2008
- Messages
- 2,279
- Reaction score
- 180
- Points
- 33
Warga tua parah ditetak penyamun
Sipitang: Seorang warga tua parah di leher dan tengkuk akibat ditetak dengan tombak sabit dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Susuk, Sapok, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, Laud Adau, 68, diserang seorang lelaki yang turut melarikan wang tunai sebanyak RM1,000 serta barangan peribadi.
Mangsa ditemui seorang lelaki yang kebetulan menebas semak berhampiran rumahnya selepas terdengar suara orang meminta tolong, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Berlumuran darah
Dia ditemui dalam keadaan berlumuran darah di beranda rumahnya sebelum dihantar ke Hospital Sipitang dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Mustapha Othman, berkata polis sedang mengesan suspek yang disyaki pekerja ladang di kampung itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Berita Harian - 14/6/13
x pasti ada ke x...kalau dah ada kira Astro Ria diulang kat Astro Prima la....
Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Last edited: