strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
KUALA TERENGGANU – “Pakcik puas nangis doh, memang terlalu sedih ingat apa yang orang buat kepada pakcik, siang malam pakcik berdoa supaya dapat tanah dan rumah."
Demikian kata seorang* warga emas, Sulong Lebai A Rahman, 65, yang masih menunggu kelulusan permohonan tanah sejak 1992.
Sulong yang kini menyewa di Kampung Batu Hampar, Manir, bersama anak, menantu dan seorang cucu sejak tiga bulan lalu berharap pihak berwajib mempercepatkan proses kelulusan tanah.
Hampir 10 tahun, Sulong tinggal di Kampung Sungai Lekor, Bukit Jong, Tepoh, tetapi dia diusir kerana tinggal di atas tanah kerajaan.
Dia kemudiannya menumpang di rumah seorang penduduk di Kampung Jeha, Manir.
Setelah anak bongsunya, Suria, yang berstatus OKU berkahwin, dia tinggal bersama mereka, sementara menunggu kelulusan permohonan tanah, tetapi sehingga kini, tiada sebarang jawapan diberikan pihak berwajib kepadanya.
“Pakcik sudah banyak kali turun naik pejabat, berjumpa dengan Yang Berhormat kawasan dan sebagainya bagi mendapatkan sokongan, tetapi masih belum mendapat sebarang berita.
“Sampai bila pakcik hendak terus menunggu macam ini, umur pun sudah tua, mahu juga rasa tinggal di rumah sendiri. "Kalau hendak beli tanah dan rumah memang pakcik tidak mampu, lagipun sekarang pakcik mempunyai masalah kesihatan mata," rintihnya.
Kata Sulong, dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan selama enam tahun tetapi diarahkan berhenti kerana faktor kesihatan.
"Mata belah kanan pakcik tak nampak. Sekarang ini pun bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM200 setiap bulan untuk menyara hidup,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sulong yang sudah lima tahun hidup menduda, berharap pihak berwajib tidak menghampakannya dan mohon percepatkan proses kelulusan tanah seperti mana yang dikemukakan.
“Sudah banyak kali pakcik hantar surat dengan harapan permohonan ini lulus, tetapi apabila ditanya, jawapan yang diberi adalah sama setiap tahun,” jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Daerah selaku Pentadbir Tanah, Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima permohonan itu dan kini sedang dalam proses.
“Sekarang ini permohonan di atas nama Sulong Lebai A Rahman dalam tindakan pegawai tanah untuk disiasat, ia mungkin memakan masa, tetapi apabila selesai perkara ini nanti, akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa tanah daerah untuk pertimbangan,” katanya.
Sulong menunjukkan salinan surat permohonan tanah pada 2011 yang dipenuhi tandatangan sokongan pelbagai pihak, namun masih belum menerima jawapan sehingga ke hari ini. - Foto Sinar Harian