TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
STRASBOURG: Pakar bius di bandar raya Besancon di timur Perancis disyaki meracun pesakitnya ketika pembedahan bagi menyebabkan kegagalan jantung dan kemudian menyedarkan mereka semula.
Dalam sembilan kejadian seumpama itu, pendakwa raya mendakwa dia gagal dan menyebabkan kematian.
Majistret yang menyiasat menemui bukti mengaitkan Dr Frederick Pechier dengan 24 daripada 66 kes disyaki berlaku ketika prosiding pembedahan di kliniknya, kata pendakwa raya Besancon, Ettienne Mantaeaux, kepada wartawan semalam.
Manteaux berkata, Pechier disyaki menyuntik dos tinggi potassium klorida atau ubat bius ketika pembedahan.
Dr Pechier menafikan sebarang salah laku tetapi pendakwaan meminta dia ditahan menjelang perbicaraan, yang menyaksikan dia akan berhadapan hukuman penjara seumur hidup.
“Dakwaan berdasarkan bukti kukuh,” kata Manteaux, menyedari kes itu berdasarkan bukti keadaan kerana dia tidak ditangkap ketika melakukannya.
Pechier ‘berada di mana-mana’ dalam mengendalikan usaha menyedarkan semula pesakit selepas disyaki mengalami kegagalan jantung dan rakannya mendapati dia bertindak segera dalam mendiagnos kadar dos bius yang tinggi.
Katanya, Pechier satu-satunya doktor yang ada ketika kejadian yang menyaksikan kesan racun ditemui atau apabila kejadian dos berlebihan didiagnos.
https://www.hmetro.com.my/global/2019/05/456749/dr-bius-racun-pesakit-ditahan