BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pakaian dalam nenek pun kena curi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
6338906120537622116_121.jpg

6338906120537622115_121.jpg

6338906120537622113_121.jpg

6338906120537622114_121.jpg


6338906120537622112_120.jpg


6338906120537622111_121.jpg




'Pakaian dalam nenek pun kena curi'

SEREMBAN - Tanda tanya seorang wanita mengenai pakaian dalamnya yang sering kali hilang di ampaian akhirnya terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya di Kampung Baru Rasah di sini berjaya merakam perbuatan seorang lelaki.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa, lelaki terbabit dilihat memberhentikan lorinya di tepi rumah mangsa sebelum melompat masuk ke dalam kawasan rumah.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Cik Lai, 27, berkata, kejadian kehilangan pakaian dalam di rumahnya bukanlah pertama kali berlaku.

"Masa mendiang nenek masih hidup, pakaian dalam dia yang dijemur di garaj pun pernah hilang, tapi ketika itu kami tak ambilnya secara serius.

"Saya mula perasan bila tengok pakaian dalam saya dan kakak yang dijemur kerap hilang dan pernah sehingga tujuh helai sekali gus," katanya pada Rabu.

Disebabkan itu katanya, dia mengambil inisiatif memasang CCTV di rumah bagi merungkai identiti si pelaku.

Jelasnya, kejadian pertama berjaya dirakam pada 31 Januari lalu menunjukkan suspek memandu Proton Wira meninjau di kawasan berhampiran rumah dahulu sebelum datang semula untuk melakukan perbuatan tersebut.

"Apa yang mengejutkan, suspek langsung tidak menutup mukanya.

"Kejadian terbaharu pada semalam(Selasa) jam 4.30 petang yang jelas menunjukkan suspek melompat masuk ke dalam pagar rumah dan mencuri pakaian dalam di ampaian yang kemudian dimasukkan ke dalam bajunya," katanya yang pernah membuat laporan polis.


16 April 2025 06:12pm
 
Lelaki curi pakaian dalam nenek dicekup

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Lelaki yang wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri pakaian dalam wanita di Kampung Baru Rasah di sini ditahan polis pada Rabu.


"Hasil risikan, kita berjaya mengenal pasti suspek dan memanggilnya ke balai polis untuk menyerah diri," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tanda tanya seorang wanita mengenai pakaian dalamnya yang sering kali hilang di ampaian akhirnya terjawab apabila CCTV rumahnya berjaya merakam perbuatan seorang lelaki.

Dalam kejadian terbaharu pada Selasa, lelaki terbabit dilihat memberhentikan lorinya di tepi rumah mangsa sebelum melompat masuk ke dalam kawasan rumah dan melakukan perbuatan tersebut.

Mangsa mendakwa, kejadian kehilangan pakaian dalam di rumahnya bukanlah pertama kali berlaku.

"Masa mendiang nenek masih hidup, pakaian dalam dia yang dijemur di garaj pun pernah hilang, tapi ketika itu kami tak ambilnya secara serius.

"Saya mula perasan bila tengok pakaian dalam saya dan kakak yang dijemur kerap hilang dan pernah sehingga tujuh helai sekali gus," katanya.
 
Pencuri pakaian dalam wanita ditahan



Pencuri pakaian dalam wanita ditahan
Rakaman kejadian menunjukkan seorang lelaki masuk ke rumah penduduk di Kampung Baru Rasah, di sini, malam semalam dan mencuri pakaian dalam wanita. - Foto NSTP/ Foto ihsan pembaca.
SEREMBAN: Lelaki yang mempunyai hobi pelik mencuri pakaian dalam wanita dan wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian di Kampung Baru Rasah, di sini kelmarin, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil risikan pihaknya mengenal pasti suspek dan mengarahkan lelaki itu menyerah diri.

"Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir ke Balai Polis Campbell, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dipanggil.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan siasatan masih dijalankan termasuk pembabitan suspek dalam curi lain di kawasan ini," katanya, hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang lelaki mempunyai hobi aneh apabila dikesan berulang kali mencuri pakaian dalam wanita, malah pakaian dalam milik warga emas juga menjadi sasarannya.

Kejadian itu dirakam berlaku di sebuah rumah di Kampung Baru Rasah, di sini, apabila pemilik rumah tidak tahan dengan kejadian itu dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Mohamad Hatta dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 27 tahun berhubung kejadian itu dan sebelum ini pernah menerima laporan kejadian sama.
 
Back
Top
Log in Register