mido
Active+ Member
- Messages
- 4,861
- Joined
- Feb 23, 2007
- Messages
- 4,861
- Reaction score
- 12
- Points
- 25

Kuala Lumpur -- Misteri perbuatan jijik menyelak kain menunjukkan kemaluan kepada petugas Puteri UMNO semasa kempen pilihan raya kecil Anak Bukit baru lalu akhirnya terjawab apabila dakwaan terhadap lelaki itu didengar di Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini, Isnin.
Pendakwaan terhadap lelaki yang dikenali sebagai Razak Abas, 52, ini juga sekaligus membongkar pembohongan Pas yang menuduh kononnya insiden selak kain itu adalah rekaan Barisan Nasional semata-mata.
Terbukti lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar semalam adalah seorang pemimpin Pas yang pernah menjadi calon parti itu menentang Tengku Razaleigh Hamzah bagi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum 1999.
Razak Abas, dari Lot 373, Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Pondok Chegar, Anak Bukit, lebih kurang 6.25 petang pada 11 Julai lalu.
Beliau dituduh menyelak kain sarung untuk menunjukkan kemaluannya dengan niat untuk menghina kehormatan seorang wanita, Yusnita Ramli, 27.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum penjara tidak lebih lebih daripada lima tahun di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Redzuan Abdullah.
Bagaimanapun selepas mendengar pertuduhan terhadapnya, Razak tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan dengan melantik Jagdeep Singh Deo sebagai peguamnya.
Razak dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan pada 28 September ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Razak Musa.
Kejadian selak kain itu berlaku apabila dua orang perayu undi dari Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Kampung Chegar sedang dalam perjalanan pulang dari menjalankan tugas berkempen di kampung itu.
Sebelum bertindak menyelak kain menunjukkan kemaluannya, lelaki itu dikatakan telah mengajak kedua-dua mangsa itu singgah di sebuah rumah namun pelawaan itu telah ditolak.
Akibat dari penolakan pelawaan itu, lelaki tersebut dikatakan marah dan menyelak kainnya.
Perbuatan tidak bermaruah lelaki itu telah menyebabkan kedua-dua petugas Wanita dan Puteri UMNO itu melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Anak Bukit pada hari yang sama.
Pendakwaan terhadap Razak Abas itu yang terbukti merupakan seorang pemimpin Pas ternyata memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini bersungguh-sungguh menafikan perbuatan pemimpinnya itu.
Lebih memalukan lagi, Pas juga ketika berkempen di dalam pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang baru-baru ini mendakwa kejadian selak kain itu hanyalah cerita rekaan BN semata-mata.
