BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pak Said diugut bunuh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Pasir Gudang: “Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.

“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat.

Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.

Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.s4UAnSh5TK.webp

Foto
MASJID Al-Ijtihad Perjiranan 9 yang menjadi tumpuan di media sosial.


Katanya, masalah itu timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.


“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.

Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.

Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diugutbunuh_/Article/index_html
 
sy kalau boleh nak rumah dkt dgn masjid, dia pulak boleh xnak dengar azan dan kuliah dr mesjid..pelik betul lah pakcik ni...


pakcik pergilah pindah rumah yg jauh dari masjid duk dgn jiran2 bela anjing.. senang sikit.. x bising bunyi azan..
 
sy kalau boleh nak rumah dkt dgn masjid, dia pulak boleh xnak dengar azan dan kuliah dr mesjid..pelik betul lah pakcik ni...


pakcik pergilah pindah rumah yg jauh dari masjid duk dgn jiran2 bela anjing.. senang sikit.. x bising bunyi azan..

agaknya kal0 kuliah psg nyaring sampai bergegar anak telinga 2~3 jam br0 nk dgr ke nk maki? Be reas0nable la..benda da byk kali pak cik 2 bincang tp xde resp0n.dia pn jemaah tetap masjid tu.
 
Kalau ikut pada cerita dari salah sorang jemaah masjid tu di thread sebelah, sy jadi pakcik tu pun sy akan buat tindakan sama dgn pakcik tu . nyaringnya bacaan kalau diperdengarkan dlm volume kesederhanaan tu Okay lagi, tapi kalau sampai menusuk sambil goncang gegendang telinga + ganggu ketenteraman jiwa, yg ni elok2 seorang penyabar pun boleh jadi panas baran .
 
sepatutnya perkara mcm ni perlu diberi perhatian jugak. bukannya terus kondem. matlamat tak pernah menghalalkan cara.
 
Cerita ni mmg sengaja disensasikan nak bagi melayu benci melayu...
 
sy kalau boleh nak rumah dkt dgn masjid, dia pulak boleh xnak dengar azan dan kuliah dr mesjid..pelik betul lah pakcik ni...


pakcik pergilah pindah rumah yg jauh dari masjid duk dgn jiran2 bela anjing.. senang sikit.. x bising bunyi azan..

stament sama dgn menteri fasola...kalu xsuka...pi pindah negara lain :)) bukannya nk baiki pengurusan

pakcik ni bukan xsuka azan...cuma telinga dia ada potensi menjd pekak sbb mendengar azan
 
mm
umah aku seberang jalan dgn masjid
mmg selain azan macam2 diperdengarkan termasuk ceramah
tp setakat ni xde la sampai ganggu

nak kate sampai bergegar tiang tu xpasti la
kene tanye jiran2 pakcik ni betol ke dakwaan die
atau die ni jenis yang mmg xsuke bising langsung

lau die penah marah jiran sebab bising budak2 main
atau penah komplen sbb bunyi kenduri yg bising
mmg die ni xsuke bising la
 
Back
Top
Log in Register