BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pak Man Telo

KEMARAHAN orang ramai terhadap Pak Man Telo akibat gagal membayar dividen yang dijanjikan menyebabkan sekumpulan enam lelaki bertindak menculik anak lelakinya pada 1991.

Mereka mengurung anak lelaki terbabit di Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur mulai jam 8.10 malam 28 Februari hingga jam 11.30 pagi, 5 Mac 1991 bertujuan memaksa Pak Man Telo mengembalikan wang RM426,767 yang mereka labur dalam skim itu.

Enam lelaki terbabit berjaya ditahan dan dihadapkan di mahkamah tetapi hanya empat daripada mereka yang disabitkan kesalahan. Keempat-empat lelaki itu hanya dikenakan hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.

Hukuman ringan itu diberi kerana hakim bersimpati terhadap keempat-empat tertuduh yang kehilangan wang disebabkan Pak Man Telo.

boleh apply ke kat geng PS? kalau kantoi pun bayar RM100 je..
 
teringat aku masa tu....RM350 aku kena sekam....pengalaman tu...:D

Kesimpulannya, ko la orang pertama kat carigold ni kena sekam? :D Bleh buat ranking ni. Heheheh
 
Hidup pak Man telo...

walaupon dah meninggal..

:D
 
tapi bagus die sebab tak lari gi oversea... tetap menerima hukuman... kire die redha la tu kot...:-?
 
Sejarah berulang kembali.Cara baru.Byk hati yg dah terluka kali ni.Jauh lebih banyak dari sejarah Pak Man Telo..
 
Sejarah berulang kembali.Cara baru.Byk hati yg dah terluka kali ni.Jauh lebih banyak dari sejarah Pak Man Telo..

Sabar je la Bangchik kan? :D sendiri masuk, sendiri tanggung la. Hehehehe. KAlau ada peluang lain, masuk lagi. Aku cakap aku sendiri la ni. :D
 
Back
Top
Log in Register