damiaphang
Super Active Member
- Messages
- 7,627
Paid Membership
- Joined
- Apr 21, 2008
- Messages
- 7,627
- Reaction score
- 53
- Points
- 70
kulit muka dia tebai sungguh

Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Najib terharu dinamakan sebagai pengganti Abdullah
10/07/2008 8:16pm
KUALA LUMPUR 10 Julai — Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata beliau amat terharu dengan kerelaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada beliau pada pertengahan tahun 2010.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan yang dibuat oleh Abdullah itu bukanlah satu perkara yang mudah.
“Hari ini bermula proses peralihan kuasa secara tersusun dan teratur mengikut tradisi UMNO di mana Perdana Menteri memberi keyakinan kepada saya untuk menjadi pengganti.
“Bukan perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan tetapi ia dibuat demi menghormati pandangan umum, saya rasa amat terharu dan bertuah apabila Yang Amat Berhormat (Abdullah) memberi kepercayaan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini.
Abdullah hari ini mengumumkan proses peralihan kuasa untuk menyerahkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu kepada Najib pada pertengahan 2010.-Bernama

Aku ingatkan esok atau lusa...![]()
![]()
Banyak lagi harta dia nak bolot tu... terutama harta utk menantu kesayangannya