BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pak Lah turun Jun 2010?

Najib terharu dinamakan sebagai pengganti Abdullah
10/07/2008 8:16pm

KUALA LUMPUR 10 Julai — Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata beliau amat terharu dengan kerelaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada beliau pada pertengahan tahun 2010.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan yang dibuat oleh Abdullah itu bukanlah satu perkara yang mudah.

“Hari ini bermula proses peralihan kuasa secara tersusun dan teratur mengikut tradisi UMNO di mana Perdana Menteri memberi keyakinan kepada saya untuk menjadi pengganti.

“Bukan perkara yang mudah untuk melepaskan jawatan tetapi ia dibuat demi menghormati pandangan umum, saya rasa amat terharu dan bertuah apabila Yang Amat Berhormat (Abdullah) memberi kepercayaan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini.

Abdullah hari ini mengumumkan proses peralihan kuasa untuk menyerahkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu kepada Najib pada pertengahan 2010.-Bernama

terharu2 jgk..kes xsettle lgi nih apecer..:-?
 
najib jadik PM? mmm... macam takyah jadik pun takpa... 2x5
 
itu gimik politik tu....
najib dok dalam sbb altantuya... sapa nak jd pm..?
pak lah ler lagi...!!!!!!!:eek: :eek: :eek:
 
sempat ker 2010? mcm x lama jerk..
 
sape ler yg betul2 layak jadi PM...Che Det dulu walau ramai yg x suke dia tapi dia betul2 bawa kemajuan & berani bersuara
 
Muhyidin pulak cakap, 2010 tu lambat sangat. Nak menciliok kot?
 
Back
Top
Log in Register