balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik semula sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September lepas.
"Adalah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju melantik semula Tun Abdullah sebagai Pengerusi Ikim berkuat kuasa 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018," menurut Ikim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Ikim yang baharu selama dua tahun berkuat kuasa 1 September lepas hingga 31 Ogos 2017.
Beliau menggantikan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang menjawat jawatan tersebut pada 2 Ogos 2009 hingga 1 Ogos 2015 selama tiga penggal.
Dr Azizan, 60, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ikim sejak 1 November 2011 dan profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.
Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Lancaster, United Kingdom (UK) selain Sarjana Sains dari Kolej Universiti, Universiti London, UK dan Sarjana Muda Sains Universiti Tasmania, Australia.
"Beliau yang mula berkhidmat di Universiti Malaya sejak 1978 mempunyai banyak pengalaman dan pendedahan di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban dan alam sekitar.
"Pengalaman beliau di peringkat nasional dan antarabangsa akan membantu IKIM meningkatkan kefahaman Islam kepada semua masyarakat di dalam dan luar negara," menurut kenyataan itu.
Ikim yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bertujuan untuk menjelaskan kepada umum bahawa Islam agama yang mendukung kebenaran, dinamik, toleran dan mempunyai nilai-nilai murni yang bersifat universal.
Dalam kenyataan itu, barisan Ahli Lembaga Pengarah Ikim turut menzahirkan penghargaan kepada Nik Mustapha atas khidmat cemerlang beliau menerajui IKIM. - Bernama