BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paha koyak digigit jerung

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
bull-shark_769_600x450.jpg


SYDNEY: Peluncur Australia yang diheret jerung ke dalam air dan kakinya digigit hingga terkoyak semakin pulih, semalam.

Dia yang menjerit meminta tolong ketika dikelilingi haiwan itu dilihat seperti adegan dalam filem Jaws, kata beberapa saksi yang menyaksikan insiden itu. Artis tatu, Glen Folkard, 44, sedang meluncur di pantai Redhead apabila jerung setinggi dua meter menyerangnya tengah hari kelmarin di depan puluhan pengunjung yang terkejut dengan kejadian itu.


Saksi berkata, haiwan berkenaan menggigit papan luncur dan paha Folkard hingga sebahagian besar cebisan daging pahanya tertanggal sebelum menarik lelaki itu ke dalam air.

Folkard berjaya membebaskan dirinya dan dengan bantuan beberapa peluncur lain, membawanya ke pantai. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil selepas dibedah. “Anda tahu, ia bagaikan adegan dalam filem Jaws pada awalnya, di mana semua orang bertempiaran keluar dari air. Cuaca hari itu sangat panas dan sungguh seronok untuk berenang dalam air,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Peter kepada Sydney Morning Herald.


“Anak lelaki saya kata dia nampak jerung itu melompat keluar dari air dan menangkap ikan. Ia dipercayai jerung besar jenis bull shark.


“Kulit Folkard kelihatan pucat, jelas dia kehilangan banyak darah,” katanya.

Bull shark adalah spesies jerung bersaiz sederhana yang terkenal dengan sifat agresif dan kecenderungannya menyerang manusia. Ketika kejadian itu, seramai 500 orang berada di pantai popular terbabit dengan kira-kira 100 orang berenang di dalam air. - AFP

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pahakoyakdigigitjerung/Article/index_html
 
bukan salah jerung..salah manusia..masuk territory dia
 
Nie yang buat seram nak kelaut. Kalau kat sungai ada buaya pulak.
 
Back
Top
Log in Register