BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah usik meter elektrik

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
court_1523949758.jpg

Foto Hiasan



MAHKAMAH Sesyen Batu Pahat, semalam, membenarkan tuntutan bil terkurang caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM101,889.55 terhadap pemilik kilang, Gan Kok Sim kerana pengusikan pepasangan meter TNB yang berfungsi merekodkan penggunaan elektrik di kilangnya.

Hakim Amran Jantan membenarkan tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan dengan kos mengikut skala dari tarikh penghakiman.

Tuntutan yang dibuat itu adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 38 (3) dan (5) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Dalam penghakiman itu, TNB berjaya membuktikan berlaku pengusikan pada pemasangan meter di kilang kitar semula milik defendan yang beralamat di Nombor 9, Jalan Budi 9, Taman Industri Wawasan, Batu Pahat, Johor.

Pemeriksaan TNB mendapati beberapa pengusikan berlaku antaranya sil penutup meter rivet diusik, sil terminal meter tiada dan pelekat keselamatan TNB ditampal semula selain skru link voltan pada fasa kuning dalam meter ditanggalkan.

Sepanjang perbicaraan, TNB diwakili peguam Mohammad Zaki Abdul Shukor dari Tetuan Othman Hashim & Co yang mengemukakan writ saman terhadap pengguna TNB itu pada 14 Mei tahun lalu.

Defendan pula diwakili peguam B H Ang dari Tetuan Ang & Co.

TNB memanggil enam saksi manakala defendan mengemukakan seorang saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung.

Perbicaraan penuh terhadap kes berkenaan diadakan selama tiga hari pada 4 dan 5 Disember 2017 serta 22 Februari lalu.

Mahkamah memutuskan kes berkenaan berpihak kepada plaintif kerana TNB berjaya membuktikan jenis pengusikan itu pada meter kilang defendan hingga mengakibatkan kerugian hasil kepada TNB bagi tempoh tiga tahun sejak 31 Julai 2008 hingga 16 Ogos 2011.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/331395/padah-usik-meter-elektrik






.
 
Wayar kuning tu apo? Karan dia terlebih masuk n kilang ambik kesempatan skru dilonggarkan..
 
yg ni aku phm..cumanya cmna tnb tau bil terkurang tu ya....dia amek track rekod lepas2 ke main bantai je?

bila T&B detek ada penggunaan tidak konsisten dia akan buat siasatan.
contoh kalau tahun lepas purata RM1000 sebulan, tapi tahun ni RM400 sebulan.
dia cek ikut meter taman

dia terus akan periksa meter, tgk ada apa2 benda yg tak btol. kalau kantoi kene lah bayar.
anggaran bayaran mungkin based on masa lalu

umah member aku penah kene.
masa mula2 meniaga kueh, kawan tu pakai oven letrik 5-6 unit.
tapi bila dah tak sanggup nak bayar letrik, dia tuka ke oven gas.
bila guna gas, letrik semakin berkurang.
T&B mmg dtg periksa. tapi sebabkan takde adjust pape kat meter.. so takde pape tindakkan
 
Last edited:
Boleh je jimat elektrik dengan cara yang halal, tanya orang kompeten bab elektrik.
 
Kalau tak silap, sebelum masuk ke sesuatu kawasan/taman, ada 1 meter utama yg rekod jumlah yg diguna. Kalau total bacaan kat premis kurang dari bacaan meter utama, sendiri mau ingat la....
 
Baru nak belek-belek meter, dah kena.....hmmmm, tak jadilah
 
yg ni aku phm..cumanya cmna tnb tau bil terkurang tu ya....dia amek track rekod lepas2 ke main bantai je?

kalau commercial premise, meter depa ada sim card. reading power in juga diambil
 
Back
Top
Log in Register