BTC USD 81,125.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Padah tumbuk pengadil

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
Johor Bahru: Selepas terbabit dalam insiden kekasaran terhadap pengadil di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Sabtu lalu, pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II), On Jabbar@Jaafar (gambar) dilucutkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut surat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) yang ditandatangani Setiausaha Kehormat Mohd Fahmi Yahya semalam, On turut didenda RM25,000.

Keputusan itu dibuat menerusi titah Presiden PBNJ yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun surat berkenaan menyatakan jawatan On sebagai EXCO PBNJ dikekalkan.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.HUwO9PaRAt.webp

Foto

Tindakan itu diambil selepas On dilaporkan menumbuk muka Sukri Abd Rahman yang mengadili perlawanan antara JDT II dan UiTM FC, Sabtu lalu yang berkesudahan seri 2-2.

Kejadian berlaku ketika pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang apabila On secara tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum dileraikan pegawai pasukan serta diiringi keluar bersama polis.

Berikutan kejadian itu, Sukri membuat laporan polis di Terengganu dan kertas siasatan berkaitan insiden itu sudah dibuka.

On turut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, semalam bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Bagaimanapun, hukuman dikenakan PBNJ itu tidak bermakna On bakal terlepas daripada satu lagi bentuk hukuman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila badan induk bola sepak tanah air itu kini dalam proses untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepadanya untuk dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Dalam laporan Arena Metro semalam, On kemungkinan bakal menerima hukuman maksimum gantung seumur hidup sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas meneliti laporan pegawai perlawanan dan rakaman video, beliau mengesahkan mereka mempunyai bukti kukuh untuk mengheret On ke Jawatankuasa Tatatertib dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini pihaknya masih menilai sama ada On bakal didakwa di bawah Kod Tatatertib 2.4 yang membawa hukuman maksimum penggantungan enam bulan ataupun Kod Tatatertib 2.5 yang lebih berat iaitu digantung seumur hidup.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Padahtumbukpengadil/Article
 
hang sapa On ooii...

nk tiru aku boh penampaq..boh penerajang...hang tau aku sapa ....
 
Bos lame aku ni.. baik orangnye..tu kot jalan tebaik dye pilih utk kuar dr jd pengurus..susah woo urus team bola.
 
better this way
 
Back
Top
Log in Register