balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SEREMBAN - Baru saja beberapa minit keluar ke rumah jiran, seorang wanita terkejut apabila mendapati rumahnya di Felda Sendayan, di sini, terbakar, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam1.50 petang itu, wanita berusia 50-an itu dikatakan sedang memasak di dapur, namun meninggalkannya seketika untuk pergi ke rumah jiran bersebelahan sebentar.
Mangsa tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumahnya kerana api marak dengan cepat mengakibatkan seluruh rumah separuh kekal berkenaan musnah.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Badrottamam Abd Rahim berkata, pihaknya tiba ke tempat kejadian pada jam 2.15 petang sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sebanyak tiga jentera membabitkan 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja memadam kebakaran.
“Kita dapati api bermula dari bahagian dapur rumah separuh kekal berkenaan. Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan,” katanya.
Badrottaman berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.15 petang.
Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan rumah terbabit musnah seratus peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Berdasarkan keterangan daripada mangsa, rumah itu mempunyai enam penghuni. Semasa kejadian hanya dia seorang saja di rumah.
“Sebelum kejadian itu, dia sedang memasak di dapur, tapi keluar sekejap untuk ke rumah jiran bersebelahan. Tiba-tiba dari rumah jirannya dia terhidu bau asap dan terkejut melihat rumahnya terbakar,” katanya.
Badrottaman berkata, beliau tidak menolak berkemungkinan kebakaran itu berpunca daripada dapur gas yang tidak ditutup, namun masih dalam siasatan.
"Kos kerugian dianggarkan RM150,000," katanya.
SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/padah-tinggalkan-dapur-sekejap-1.427126