BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah sekeping gambar Najib

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
f691ab0f25e758b077a5cbb4cbb5d0dd.jpg


Pembaca berita RTM rancangan berita Mandarin hari ini membaca berita tanpa sebarang visual sokongan.

Semua itu dikatakan berlaku selepas rancangan berita itu memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB.

Ketua berita Mandarin RTM Tan Lee Won mengesahkan larangan penggunaan sebarang visual untuk rancangannya
, lapor Sin Chew Daily.

Tan berkata arahan itu dibuat oleh pengurusan RTM semalam dan berkuat kuasa terhadap dua programnya pada 12 tengah hari dan 8 malam hari ini.

Beliau enggan menyatakan alasan diberikan dan masih tidak pasti tempoh larangan itu berkuat kuasa.

Sumber mendakwa hukuman itu susulan penggunaan gambar itu dalam berita malam semalam.


Laporan isu PKR vs Najib


Gambar itu dipapar ketika laporan berhubung kes saman PKR terhadap Najib berkaitan perbelanjaan pilihan raya.

Gambar itu pada asalnya dikeluarkan oleh Malaysiakini.

Ia menunjukkan Najib dalam keadaan tunduk dengan kolaj gambar-gambar berkaitan 1MDB di sekelilingnya, termasuk ahli perniagaan sensasi Jho Low.


Menjalani 'hukuman', pembaca berita RTM malam ini dilihat membaca berterusan untuk sepanjang program.

Dalam rancangan tengah hari tadi, skrip pembaca berita juga tidak ditukar yang menyaksikan pembaca berita masih merujuk kepada gambar yang tidak muncul di skrin televisyen.

Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak dan masih menunggu jawapannya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/317728
 
keji sungguh perangai menteri bn ni...

nasib baik tak berakhir dalam tong simen ..
 
Ketahian apa nii.. salah guna kuasa tahap gaban..
 
malam ni nk tengok berita cina la , msti mcm berita tahun 80an xde ape2 visual ,.
 
cuak la keruak
 
kebebasan bersuara..bebas la sgt..igt si jibby tu maksum ka?
 
dah macam korea utara..nasib tak tembak jek...ekeke
 
Back
Top
Log in Register