BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keropok sekeping harga RM345,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,522
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,522
Reaction score
322
Points
141
lelong-keropok.jpg

Cheeto itu dilekatkan pada kad Pokemon ‘Cheetozard’ rekaan khas. - Goldin Auctions

WASHINGTON – Lelongan keropok berbentuk seperti watak Pokemon, Charizard mencatatkan harga tertinggi mencecah  AS$87,840 (RM345,000), lapor agensi berita United Press International.

Menurut Guinness World Records, sekeping  keropok Flamin’ Hot Cheeto itu dijual dalam acara lelongan anjuran firma Goldin Auctions.

Lelongan itu mencatatkan rekod dunia bagi harga tertinggi yang dibayar untuk snek jagung menyerupai watak permainan video.

Cheeto sepanjang 7.6 sentimeter itu dilekatkan pada kad Pokemon ‘Cheetozard’ rekaan khas dan dibungkus dalam kotak lutsinar.

“Apa menjadikan item ini begitu menyeronokkan dan unik adalah ia menghubungkan dua peminat iaitu Pokemon dan Cheetos,” kata Ketua Konsainan Goldin Auction, Dave Amermanat.

Cheeto itu pada asalnya dibeli di laman e-dagang, eBay pada harga AS$350 (RM1,374) oleh seorang pemilik syarikat memorabilia sukan antara tahun 2018 hingga 2022. Imej snek itu menjadi tular di media sosial pada tahun 2024. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register