BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah motor tiada lampu.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Tarikh: January 11, 2014
KULIM - Dua lelaki cedera parah apabila motosikal ditunggang mereka bertembung di jalan Taman Sena dekat sini, kira-kira jam 6.40 pagi kelmarin.

Ketua Rakan Cop Labu Besar, Mohamad Nordin Ismail berkata, ketika kemalangan berlaku, keadaan di kawasan kejadian gelap.

Menurutnya, mangsa pertama berusia 50-an yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan ke kebun dan apabila tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal lain yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa gagal mengelak penunggang motosikal yang tiba-tiba masuk ke laluannya tanpa lampu sebelum bertembung. Akibat rempuhan, kedua-dua mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

"Mereka kemudiannya dibantu oleh ahli Rakan Cop dan penduduk yang berada di tempat kejadian. Melihatkan keadaan kedua-dua mangsa serius, orang ramai mengambil keputusan menghantar mangsa ke Hospital Kulim guna kenderaan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Nordin berkata, dia meminta penduduk di kawasan itu supaya bersikap peka terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

Katanya, akibat kelalaian, pengguna lain yang tidak berdosa menjadi mangsa dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sesiapa yang gagal mematuhi undang-undang.

“Bayangkan penunggang motosikal sanggup mengambil risiko dan menggadaikan nyawa mereka hanya kerana ingin berjimat harga mentol yang dijual RM1.50. Sikap cuai bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut mendatangkan risiko kepada pelajar terutama yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah.

"Saya harap penunggang motosikal lebih bertanggungjawab dan jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan maut, barulah mereka sedar. Penunggang motosikal harus pakai topi keledar untuk keselamatan,” katanya.


image.jpg
 
laju ni..dhla tak berlampu
 
Payahlah.....susah nak paham ore camni. Banyak kali terjumpe, bawak moto lampu depan dan belakang tiada...bawak plak laju dan tgh2 jln... Kekadang kita yg bawak kete ni plak yg brek...
Ingat depa kebal ker....
 
udah macam kejadian aku semalam, budak naik beskal malam2 main kuar jer dari simpang...sib baik la aku bawak slow...tapi terjerit gak la bini aku dok sebelah..
 
Payahlah.....susah nak paham ore camni. Banyak kali terjumpe, bawak moto lampu depan dan belakang tiada...bawak plak laju dan tgh2 jln... Kekadang kita yg bawak kete ni plak yg brek...
Ingat depa kebal ker....

aku jumpa mat rempit sengaja padamkan lampu semasa merempit,
kita pun tak tahu arah mana dia datang.
 
Mmg bahaya moto xdek lampu depan / belakang ... Paling bahaya xdek lampu belakang .. .
 
naseb baek moto dgn moto

Kalo lori acaner?

Dah blh baca surah yassin
 
awas betol mata dia orang ni, bawak kenderaan dalam gelap..

bila jadi gini kn dah menyusahakn orang.. nasib baik tak arwah..
 
awas betol mata dia orang ni, bawak kenderaan dalam gelap..

bila jadi gini kn dah menyusahakn orang.. nasib baik tak arwah..

malam bulan terang lah...mmg takyah berlampu2 nie...

klau lampu depan terbakar dua2 sekali tu ada caranya...cabut mentol signal blkg kanan..onkan signal kanan...orait adalah lampu gak..:D:D
 
Back
Top
Log in Register