BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah menipu konon anak sendiri

wataktau

Banned
Messages
1,510
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
425
Points
41
TINDAKAN seorang lelaki dan dua wanita tempatan membuat permohonan pasport antarabangsa untuk tiga remaja warga Sri Lanka dengan menipu sebagai anak sendiri akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Biarpun mereka membawa sijil kelahiran anak masing-masing namun penipuan mereka terbongkar apabila remaja terbabit tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, ketiga-tiga mereka membawa remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dan mengaku sebagai penjaga kepada remaja terbabit.

“Mereka datang ke pejabat JIM di UTC Sungai Petani dan berurusan di kaunter 1 dan 3, mereka membawa sijil kelahiran yang didakwa sijil kelahiran ketiga-tiga remaja itu untuk membuat permohonan pasport namun ia adalah sijil kelahiran anak kandung masing-masing.

“Semasa di kaunter, lelaki dan wanita terbabit memberitahu mahu membawa ‘anak mereka’ ke Perancis untuk bersekolah di sana namun petugas di kaunter mula curiga apabila ketiga-tiga remaja itu tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

“Pegawai Imigresen diketuai Farahanun Zainal kemudian bertindak melakukan siasatan lanjut dan akhirnya lelaki dan dua wanita terbabit mengaku bahawa remaja yang dibawa bukanlah anak kandung mereka tetapi kanak-kanak warganegara Sri Lanka,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Zuhair berkata lelaki dan dua wanita berusia antara 30 hingga 41 tahun serta tiga remaja itu ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa JIM Kedah untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihak Imigresen akan menyiasat segala kemungkinan tujuan sebenar lelaki dan dua wanita terbabit membawa tiga remaja Sri Lanka itu untuk mendapatkan pasport antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 11:34 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/435274/konon-anak-kandungkelentong-rupanya
 
Timbul persoalan macam mana 3 orang budak sri lanka tu masuk malaysia kalau tak ada pasport?
 
Timbul persoalan macam mana 3 orang budak sri lanka tu masuk malaysia kalau tak ada pasport?

yup..saya pun nak tanya soalan yg sama.

Askar dan imigresen malaysia patut kena belajar daripada tentera US macam mana nak jaga sempadan negara dgn baik. tentera US jaga antartika dengan baik sampai takde sorang pun sampai sekarang boleh lepas nak merentas benua tu. boleh jalan2 kat sipi2 je.

ini ikut teori geng flat earth CG la..:))
 
yup..saya pun nak tanya soalan yg sama.

Askar dan imigresen malaysia patut kena belajar daripada tentera US macam mana nak jaga sempadan negara dgn baik. tentera US jaga antartika dengan baik sampai takde sorang pun sampai sekarang boleh lepas nak merentas benua tu. boleh jalan2 kat sipi2 je.

ini ikut teori geng flat earth CG la..:))
kah kah kah..masuk malaysia guna pasport Sri lAnka la bro..pastu dia buat pasport malaysia nak fly ke negara ketiga spt Australia atau negara lain..pasport malaysia kan laku keras..dah lama dh buat sindiket ni
 
Org khianat mcm ni patut tarik warga negara

Tak sedar dek untung negara ini terima mereka jadi rakyat, mereka buat onar
 
Org khianat mcm ni patut tarik warga negara

Tak sedar dek untung negara ini terima mereka jadi rakyat, mereka buat onar

Ni yg sepatutnya.. supaya jadi pengajaran pada yg lain.. Masalahnya diorang dah macam kaduk naik junjung
 
Back
Top
Log in Register