BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah 'kejar' kapal terbang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.MzzJNicF23.webp


Kota Kinabalu: Tindakan empat pelancong Hong Kong mengingkari arahan pengawal landasan kereta api supaya tidak menyeberangi laluan ketika sebuah kereta api melintas menerima padah apabila kenderaan dinaiki diseret hampir 10 meter hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Lintas berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) semalam, seorang lelaki berusia 50-an maut, manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan apabila kenderaan berkenaan diseret sebelum berpusing beberapa kali lalu merempuh sebuah Perodua Myvi berhampiran.


Semua mangsa dikeluarkan sepasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, tiga penumpang Myvi termasuk bayi berusia satu tahun tidak cedera dan 200 penumpang kereta api dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga selamat.


Menurut pengawal landasan dikenali sebagai Ag Zarin, 30, ketika kejadian dia melihat sebuah Hyundai Accent memandu laju ke arah KKIA.



sumber;http://www.hmetro.com.my/articles/Padah_kejar_kapalterbang//Article
 
Langsung tak dapat naik kapal, dapat naik ambulance....
 
pelancong dari hongkong. setendet la diorg degil
 
di Hong Kong tiada kempen "biar lambat asal selamat.."
 
oh yang ni..ingatkan org tempatan..org hk rupanya...
 
Back
Top
Log in Register