BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah guna pasport palsu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


MUAR - Perbuatan beberapa wanita warga asing menggunakan pasport palsu serta menyalahgunakan pas lawatan sosial memakan diri apabila ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan polis dan Jabatan Imigresen.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, kesalahan mereka dikenal pasti ketika serbuan di empat pusat hiburan sekitar bandar ini, minggu lalu.

"Dalam serbuan kira-kira jam 12 malam itu, kita tahan 48 wanita warga Vietnam dan sebahagian daripada mereka menggunakan pasport palsu.

"Kesemua mereka ditahan di pejabat imigresen bagi membantu siasatan lanjut dan disiasat mengikut 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan salah guna kemudahan pas lawatan," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki pas atau permit perjalanan palsu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, operasi yang bertujuan untuk membanteras kegiatan tidak bermoral di daerah ini melibatkan 35 pegawai dan anggota daripada polis serta imigresen.

"Warga Vietnam yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dipercayai bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di pusat hiburan terbabit.

"Serbuan dilakukan hasil daripada risikan dan maklumat orang awam berhubung kegiatan yang tidak bermoral di pusat berkenaan," katanya.

Azman berkata, polis sentiasa memantau sebarang kegiatan boleh menyumbang kepada masalah sosial untuk mewujudkan persekitaran bandar sihat.
 
Back
Top
Log in Register