alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
GERIK - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan kelicikan seorang lelaki mencuri getah sekerap milik penduduk kampung di Felda Papulut dekat sini.
Suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota Polis Bantuan Felda yang bertugas menjaga keselamatan di kawasan itu setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kenderaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Noor Abdullah berkata, lelaki itu menggunakan pelbagai helah untuk memasuki kawasan Felda berkenaan, sebelum mencuri 24 guni getah sekerap untuk dijual di pasaran.
Bagaimanapun, katanya, tindakan lelaki itu berjaya dihidu anggota Polis Bantuan Felda yang kemudian membuat pemeriksaan dan mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda memunggah getah dipercayai dicuri.
"Setelah disial siasat, lelaki yang tinggal di luar penempatan Felda itu mengaku telah mencuri sebanyak 24 guni getah sekerap di kebun getah di Felda Papulut dalam Mukim Lawin," katanya kepada media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik