BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah cuba elak ditahan polis

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
atip_1573460269.jpg














CUBAAN seorang lelaki memanjat tembok bagi mengelak ditahan polis mengundang padah apabila cedera selepas terjatuh di Batu Caves, Gombak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dua anggota polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan kira-kira 4 petang.

“Anggota berkenaan kemudiannya mengarahkan lelaki berusia 37 tahun itu memberhentikan motosikalnya untuk pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, anggota bertugas mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Gombak pada 22 September lalu.

“Suspek yang panik kemudian bertindak melarikan diri dengan memanjat tembok bangunan berhampiran, tetapi dia terjatuh,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini.

Arifai berkata, kejadian itu menyebabkan suspek cedera di kaki serta badan dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Hasil soal siasat, kami menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah premis di Jalan Medan, Batu Caves pada 4.30 petang, semalam.

“Lelaki terbabit dipercayai ada kaitan dengan kegiatan curi motosikal bersama dengan suspek pertama yang ditahan,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek berkenaan mempunyai rekod membabitkan kes dadah dan jenayah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.









sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/516163/padah-elak-ditahan-polis
 
Back
Top
Log in Register