TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Merbin Lisa, berkata suspek berusia 21 tahun itu ditahan di sebuah kampung berhampiran Pekan Sebuyau pada 20 Disember lalu.
Katanya, penahanan suspek dibuat bagi membantu siasatan kes pecah rumah yag dilakukan oleh rakannya pada 16 Disember lalu.
“Suspek ditangkap kerana disyaki membeli barang curi itu dengan harga RM150,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Menurut Merbin, rakan suspek yang berusia 24 tahun ditangkap pada 18 Disember lalu, dua hari selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Sawmill, Sebuyau.
Katanya, suspek dipercayai melarikan dua tong gas memasak, sebuah komputer riba bersama beg yang mengandungi dokumen kerja, tabung duit syiling RM100 serta alat permainan anak mangsa membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM3,500.
Merbin berkata, ketika suspek melakukan kegiatan itu, pemilik rumah terbabit sedang berada di Kuching.
“Hasil soal siasat suspek mengaku telah memecah masuk rumah melalui tingkap dan kesemua barang yang dicuri dijual kepada beberapa individu di sekitar Sebuyau,” katanya.
Beliau berkata kesemua barang yang dicuri telah berjaya dijumpai semula, hasil tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah IPD Simunjan.
Katanya, suspek yang didapati positif dadah jenis syabu kini ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Padah beli barangan curi
SIMUNJAN: Tindakan seorang lelaki membeli barangan curi membawa padah selepas ditahan kerana membeli sebuah komputer riba curi dari rakannya.