BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PACA PRU13 (PR) - update terkini

akmal_tawau

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,179
Paid Membership
Joined
May 7, 2009
Messages
20,179
Reaction score
238
Points
123
Assalamualaikum semua.
thread ni khas untuk paca & penyokong pr seluruh negara utk update & mengupdatekan diri.
hanya maklumat perlu sahaja diupadate.
elakkan upate maklumat sulit, palsu, propa.
untuk lebih terkawal, kita akan create room khas di fb utk paca SAHAJA.
sila daftarkan diri anda dgn pm saya detail nama, add fb & lokasi anda menjadi paca.
harap blh setup segera...

p/s iklan skit, siapa minat nk jd paca mewakili pr utk kwsn tawau&kalabakan pun dialu2kan.

sedikit info ttg paca...
GARIS PANDUAN PETUGAS
PACA (POLLING AGENT &
COUNTING AGENT – EJEN
TEMPAT UNDI & EJEN KIRA
UNDI)
Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang
yang mewakili setiap parti yang bertanding
untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan
undi.
Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang
yang mewakili setiap parti yang bertanding
untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan
undi dibuat.
Semua PACA dikehendakki mengisi Borang A
yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada
Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian.
Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh
setiap petugas PACA.
Ketua PACA pastikan membawa semua Borang
A yang telah lengkap semasa hari pengundian.
1. Petugas PACA dikehendakki berpakaian
kemas, hanya 1 logo PAS bersaiz tidak lebih 3 in
x 2 in dibenarkan. PASTIKAN SEMUA PETUGAS
BAWA KAD PENGENALAN
2. Petugas Polling Agent shif pertama jam 7
pagi PASTIKAN :
· Semua tong undi kosong kemudian di “SEAL”
kunci dengan lilin cair warna merah.
· Semua kertas undi no siri betul, tiada
berulang, TIDAK LICIN ATAU ADA WAX
terutama dibahagian pangkah PAS/KEADILAN.
Catitkan no. siri dan jumlah kertas undi.
· Semua meja, pensil, pen, peralatan yang
digunakan.
· Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas
undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan
Borang 13.
3. Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku
Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama
pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai
SPR, cari pada buku Daftar dan tandakan/
gariskan/potong.
4. Pastikan UMUR dan BANGSA pengundi
adalah relevan. Contoh jika NO KP
340110-05-2020 sepatutnya Umur 70 tahun tapi
yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan
buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi
tadi diambil tindakan. Atau jika namanya
disebut Melayu tapi yang datang berketurunan
India juga sila sahkan.
5. Jangan benarkan sesiapa dalam tempat
mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas,
calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
6. JANGAN sekali-kali tinggalkan tempat
mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5
ptg walaupun keluar merokok sebentar. JIKA
KECEMASAN hubungi Ketua PACA untuk diganti
sementara.
7. Perhatikan dan sentiasa awasi tingkah laku
Pegawai SPR, polis bertugas dan ejen PACA
mewakili BN.
8. Apabila tamat tempoh mengundi petugas
PACA akhir catatkan no siri yang telah
digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal.
Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul
surat 1 dan di SEAL. Kertas undi telah dikoyak
akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan di
seal. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk
dalam tong undi dan diseal.
9. PASTIKAN Borang 14 diisi, iaitu JUMLAH
KERTAS UNDI DIKOYAK DAN JUMLAH KERTAS
UNDI BAKI. PASTIKAN MAKLUMAT DALAM
BORANG 14 dan BORANG 13 SAMA.
10. Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Jangan
tinggalkan tempat peti undi.
TUGAS CONTING AGENT
PASTIKAN BAWA LAMPU PICIT
ADA 3 PETI UNDI, UNDI BN, UNDI BA dan
UNDI RAGU.
Selepas tamat mengira pastikan Jumlah UNDI
BN + BA + RAGU SAMA dengan apa tercatat
pada Borang 14. KALAU LEBIH BUAT
BANTAHAN.
Maklumat ini akan dimasukkan dalam Borang
14. AMBIL SALINAN BORANG 14. PASTIKAN
TANDATANGAN KETUA TEMPAT MENGUNDI
SPR SAMA DENGAN BORANG 13 DAN BORANG
14.
BORANG 14 akan dibawa ke tempat
penjumlahan undi untuk dijumlahkan.
PASTIKAN ada petugas PAS mengikuti Peti Undi
dan Borang 14 SPR hingga ke tempat
penjumlahan undi.
 
Last edited:
paca pr yg sdh experience sgt dialu2kan. sbb sy pun first time. mgkn blh tlg lead...
 
update utk paca pr yg terlibat...
 
tt, format sikit 1st post tue.

pening aku baca..
 
Nak tanya, ada cara tak utk kita mengetahui, kalau2 seseorang tu ada mengundi atau tak? Contohnya, dalam kes2 orang yg mengundi guna nama orang lain. Katalah kita tak dapat nak balik mengundi, then macamana nak pastikan, tiada orang lain yg pegi mengundi bagi pihak kita, guna nama kita? (Walaupun kena bagi IC masa mengundi, tapi manalah tau kan, ada 'jalan')...
 
Back
Top
Log in Register