BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

image.jpg

Siasatan 1MDB: Lima individu diburu

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Polis Diraja Malaysia sedang mengesan lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua yang sedang dikesan ialah Low Taek Jho atay Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tang Keng Chee (Casey); Peguam Am 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).

"Jumlah pertuduhan yang dihadapi kesemua mereka ialah sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah RM4.2 bilion.

"Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, waran tangkap telah diperoleh dari mahkamah dan usaha mengesan serta menahan kesemua mereka sedang dijalankan.

Jelas beliau, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan Polis Antarabangsa (Interpol).

"Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan semua individu itu dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/siasatan-1mdb-lima-individu-diburu-1.799402#ixzz5YlsV5xpI
 
wow betul ke kronologi tu, kena mintak arul kanda review dulu baru release report, ape kejadahnya ahah
 
kes 1mdb masih dlm siasatan... jd pelik jika ia nak masukkan dlm buku teks sejarah.
ntah lar labu...
 
Back
Top
Log in Register