BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Firma guaman tarik diri daripada wakili 1MDB dalam saman libatkan Rosmah

51526601741_TANHOCKCHUAN.jpg

KUALA LUMPUR: Firma guaman yang mewakili 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di dalam saman bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai US$27.3 juta yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB, telah menarik diri daripada mewakili 1MDB

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili 1MDB memberitahu wartawan bahawa firma guaman itu, Tan Hock Chuan Co telah memohon untuk menarik diri daripada mewakili syarikat itu kerana mereka tidak mendapat arahan daripada 1MDB

“Mahkamah membenarkan permohonan kami... pada masa ini 1MDB tidak mempunyai peguam, tetapi kami akan memaklumkan syarikat berkenaan,” katanya kepada wartawan selepas bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar pada Khamis

Sementara itu peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin berkata mahkamah telah menangguhkan pendengaran yang dipohon defendan, Rosmah, Low Taek Jho atau Jho Lo dan 1MDB untuk membatalkan saman Khairuddin, ke 21 Jun untuk pengurusan kes bagi pihak terlibat mengemas kini status masing-masing

Pada Khamis, mahkamah dijadualkan mendengar permohonan daripada tiga defendan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Khairuddin terhadap mereka

Defendan-defendan memfailkan permohonan itu pada 7 Sept 2017, dengan alasan Khairudin tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap mereka

Khairuddin memfailkan saman pada 16 Ogos 2017 dan mendakwa antara Jun 2013 hingga Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya telah membeli set barang kemas itu daripada peniaga barang kemas, New York Lorraine dengan nilai US$27.3 juta. Beliau mendakwa wang yang digunakan diambil daripada 1MDB

Khairuddin seterusnya mendakwa barang kemas berkenaan, dalam bentuk berlian berwarna merah jambu bernilai US$23 juta dan rantai leher bernilai US$4.3 juta, diterima Rosmah sebagai hadiah pada Mac 2014

Oleh demikian, beliau memohon mendapatkan perintah mahkamah agar Rosmah mengembalikan barang kemas berkenaan kepada 1MDB dan Jho Low membayar jumlah wang yang didakwa diambil daripada 1MDB, di samping ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah

http://www.astroawani.com/berita-ma...akili-1mdb-dalam-saman-libatkan-rosmah-175791
 
Skandal 1MDB siasatan pertama PAC ‘berwajah baru’
August 7, 2018

Tugas pertama PAC ialah membuka semula siasatan ke atas 1MDB untuk menghasilkan laporan yang lebih komprehensif dan lengkap.

fmt_1mdb_reuters1.jpg


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh memberi jaminan skandal melibatkan 1MDB akan dibuka semula selepas siasatan dihentikan pada April 2016.

Wong berkata tugas pertama PAC ialah membuka semula siasatan untuk menghasilkan laporan yang lebih komprehensif dan lengkap bersama keterangan baharu.

Laporan itu nanti akan dibentangkan ke Dewan Rakyat.

“Dalam isu 1MDB, walaupun didesak oleh wakil pembangkang ketika itu, PAC tetap gagal mengemukakan siasatan semula kes itu meskipun terdapat pendedahan baharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai 2016.

“PAC pada penggal lalu lali dalam tanggungjawabnya selaku badan yang memelihara kepentingan kewangan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini.

Parlimen hari ini melantik bekas timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Wong berkata PAC akan berbincang untuk membolehkan pendengaran PAC dibuka kepada orang ramai demi menjamin tahap ketelusan yang tinggi, kecuali untuk perkara yang melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, PAC juga akan meneliti undang-undang untuk memberi perlindungan kepada pengadu dan saksi.

Beliau berharap siasatan ini dan langkah-langkah yang diambil akan menebus kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat pada jawatankuasa itu.

“PAC bertekad untuk melaksanakan tugas kami tanpa belah bahagi. Saya yakin bahawa ‘precise’, ‘accountable’ dan ‘credible’ adalah 3 tunggak utama untuk PAC berwajah baru ini,” katanya.

Sementara itu, PAC juga akan bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara untuk menyiasat kepincangan dan salahlaku yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara, katanya.
http://www.freemalaysiatoday.com/ca...ndal-1mdb-siasatan-pertama-pac-berwajah-baru/
 
Ahli Parlimen DAP dakwa laporan asal audit 1MDB dipinda

October 29, 2018 9:44 PM

Wong-Kah-Woh.jpg


PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP, Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mendakwa laporan asal Jabatan Audit Negara (JAN) ke atas 1MDB pada 2016 telah dipinda, lapor Malaysiakini.

Wong membuat dakwaan di Dewan Rakyat hari ini dan dilapor berkata “ada salah guna kuasa apabila laporan audit asal dipinda atas arahan orang tertentu”.

Laporan muktamad JAN ke atas 1MDB dikelaskan sebagai dokumen rahsia kerajaan bawah Akta Rahsia Rasmi pada Januari 2016.

“Mujurlah ada pertukaran kerajaan pada 9 Mei. Selepas itu barulah ia boleh dilihat semula,” katanya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.

Wong, yang juga timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seterusnya mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara dilumpuhkan oleh pentadbiran Barisan Nasional terdahulu ekoran skandal 1MDB.

“PAC dan JAN turut terjejas,” katanya.

Laman berita itu juga melaporkan ketua audit negara ketika itu Tan Sri Ambrin Buang ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan Wong.

Wong juga enggan mengulas lanjut “kerana terikat dengan peraturan mesyuarat”.

JAN diarah melakukan audit terhadap akaun 1MDB pada Mac 2015 oleh perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan laporannya diserah dibentangkan kepada PAC pada Mac 2016.

PAC membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB di Dewan Rakyat pada April 2016 tanpa laporan JAN.

Nama perdana menteri tidak disebut secara langsung dalam laporan PAC, yang dianggotai oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Status rahsia laporan JAN sudah digugurkan dan orang ramai boleh mendapatkan ringkasan eksekutif laporan itu di laman JAN.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...en-dap-dakwa-laporan-asal-audit-1mdb-dipinda/
 
Timb Pengerusi PAC: Laporan audit 1MDB telah dipinda

Diterbitkan 29 Okt 2018, 8:51 malam | Dikemaskini 30 Okt 2018, 6:30 petang

09d20fbe9ac5a88950b6161e041212f4.jpeg


DEWAN RAKYAT | Anggota Parlimen Ipoh Timur yang juga timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda.

Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini.

Menurutnya, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan pejabat peguam negara "dilumpuhkan" oleh pentadbiran BN terdahulu ekoran skandal 1MDB.

PAC dan Jabatan Audit Negara turut terjejas, katanya lagi.

"Laporan audit (berkenaan 1MDB) diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Malah, ada salah guna kuasa apabila laporan audit asal dipinda atas arahan orang tertentu.

"Mujurlah ada pertukaran kerajaan pada 9 Mei. Selepas itu barulah ia boleh dilihat semula," dakwanya.

Sementara itu, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu.

"Tiada komen dari saya, terima kasih," katanya.

Ketika dihubungi kemudian, Wong enggan mengulas lanjut berhubung kandungan laporan audit yang menurutnya dipinda kerana terikat dengan peraturan mesyuarat.

Bagaimanapun, sumber yang tahu tentang perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa kandungan yang "hilang" itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu.

"Pindaan dibuat sekurang-kurangnya pada dua tahun lalu," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Pada 2014 dan awal 2015, dakwaan tentang masalah dalam 1MDB serta kisah gaya hidup mewah Jho Low kian menjadi perhatian dan mula memenuhi media antarabangsa.

Dakwaan utama yang menghimpit pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, yang kemudiannya disahkan benar, adalah pindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada Good Star Ltd - syarikat yang didaftarkan di kepulauan Seychelles.

Syarikat itu kemudian diketahui dikawal oleh Jho Low.

Menjelang Mac 2015, Najib mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit terhadap akaun 1MDB dan memberikannya kepada PAC untuk siasatan lanjut. Beliau berjanji proses itu akan berjalan dengan telus.

Laporan 500 halaman itu siap hampir setahun kemudian, tetapi kerajaan mengambil langkah mengklasifikasikannya sebagai rahsia - hanya untuk PAC sahaja.

Pentadbiran Najib kemudian mendakwa PAC - yang turut dianggotai pembangkang - telah membersihkan namanya daripada sebarang kesalahan, walaupun laporan itu membangkitkan banyak kejanggalan dalam urus niaga 1MDB.

Status rahsia laporan itu akhirnya dibatalkan pada 15 Mei, kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU ke-14.

https://www.malaysiakini.com/news/449521
 
'PAC tangguh prosiding 1MDB elak subjudis'

Diterbitkan 30 Okt 2018, 8:27 pagi | Dikemaskini 30 Okt 2018, 8:38 pagi

514ee0556f044a687f2a1183360e9c27.jpeg


PARLIMEN | Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen (PAC) menangguhkan sesi pertama prosidingnya mengenai skandal 1MDB semalam bagi mengelakkan sebarang subjudis dalam perbicaraan jenayah yang sedang berjalan melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Istilah undnag-undang subjudis bermaksud ia sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan khalayak ramai.

PAC membuat keputusan itu selepas menerima sepucuk surat Pejabat Peguam Negara (AGC) Jumaat lalu, kata sumber kepada Malaysiakini.

"AGC menasihatkan kami untuk menangguhkan prosiding kami dan juga membangkitkan kebimbangan bahawa prosiding kami boleh menjejaskan perbicaraan jenayah yang sedang berlangsung yang turut melibatkan 1MDB," kata sumber itu.

Malaysiakini telah cuba menghubungi anggota PAC untuk mengesahkan sebab-sebab prosiding itu ditunda.

Bebas daripada pendengaran mahkamah

Sumber berpendapat bahawa prosiding atau sidang badan perundangan tentang apa-apa perkara harus bebas dari pendengaran mahkamah.

"Ada di antara kami merasakan PAC masih boleh meneruskan prosiding 1MDB tetapi kami memutuskan untuk menangguhkannya.

"Bagaimanapun, kami akan bertemu dengan peguam negara Tommy Thomas minggu ini untuk menjelaskan status undang-undang proses PAC ke 1MDB," tambah sumber itu.

Semalam, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan semalam.

Ronald sebelum ini dilapor berkata Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, merupakan Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Menurutnya, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu hari ini, telah membentangkan laporannya sebelum ini pada Mac tahun 2016 kepada PAC, dalam persidangan Parlimen penggal ke-13.

PAC juga turut menangguhkan satu lagi prosiding iaitu mengenai tuntutan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion membabitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijadualkan berlangsung hari ini ditunda ke 14 November ini.

https://www.malaysiakini.com/news/449548
 
Bekas pengerusi PAC, ketua audit negara nafi laporan 1MDB dipinda

October 30, 2018 1:20 PM

LAPORAN-PENGAUDITAN-1MDB-bernama.jpg

Status rahsia Laporan Pengauditan 1MDB digugurkan pada 12 Mei lalu atas arahan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Hasan Arifin menafikan Barisan Nasional (BN) meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 2016.

“Ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC,” katanya merujuk dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh semalam mengenai pindaan terhadap laporan asal Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB, 2 tahun lalu.

“Setahu saya, apa yang dibentangkan kelmarin, itulah yang kita dapat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Hasan turut meminta Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee memberi penjelasan lanjut berhubung dakwaan Wong itu.

Semalam, Wong dilaporkan berkata “ada salah guna kuasa apabila laporan audit asal dipinda atas arahan orang tertentu”.

Beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara “dilumpuhkan” pentadbiran BN terdahulu, ekoran skandal 1MDB.

Jabatan Audit Negara (JAN) mengaudit akaun 1MDB pada Mac 2015, susulan arahan Datuk Seri Najib Razak dan laporan itu dibentangkan kepada PAC pada Mac 2016.

Dalam laporan itu, JAN mengenal pasti punca 1MDB dilanda masalah kerana tadbir urus korporat dan kawalan dalaman kurang memuaskan, serta sebahagian tindakan pengurusan 1MDB dan keputusan lembaga pengarah syarikat itu dibuat secara tidak teratur.

PAC kemudiannya membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB di Dewan Rakyat pada April 2016, tanpa laporan JAN.

Nama Najib tidak disebut secara langsung dalam laporan PAC yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Bekas ketua audit nafi


Sementara itu, bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang mempertahankan laporannya dan menafikan ada campurtangan mana-mana pihak dalam pembikinannya.

“Ya, itu laporan saya dan saya mempunyai kawalan penuh terhadap laporan saya,” katanya kepada kepada pemberita pada di Sidang Kemuncak Anti-Rasuah 2018 hari ini.

Ambrin juga kehairanan mengapa proses memberi keterangannya kepada PAC semalam ditangguhkan ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...poran-audit-1mdb-tidak-dipinda-pada-zaman-bn/

“Saya tak tahu. Anda kena tanya pengerusi PAC. Saya tak ada di sana. Semalam saya dah bersedia untuk hadir,” katanya.

Ambrin dipanggil PAC untuk memberi keterangan dalam siasatan semua kes 1MDB sebagai seorang saksi kerana beliau adalah ketua audit negara ketika JAN mengaudit syarikat itu.

Laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kerajaan pada Januari 2016 dan status rahsia itu digugurkan pada 12 Mei lalu atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...poran-audit-1mdb-tidak-dipinda-pada-zaman-bn/
 
Bukan masa saya, kata Hasan Arifin
Diterbitkan 30 Okt 2018, 12:34 tengah hari | Dikemaskini 30 Okt 2018, 6:29 petang

1ee220c81eb3d78b9ba6ec3b01cc4261.jpeg


Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda tidak berlaku semasa zamanya.

Malah, kata Hasan yang ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini, dirinya tidak tahu menahu tentang pendedahan yang dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam.

“Oh itu (dakwaan timbalan pengerusi PAC), ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC.

“Setahu saya apa yang dibentangkan kelmarin itulah yang kita dapat,” katanya.

Wong semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda.

Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini.

Menurut Wong, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan pejabat peguam negara "dilumpuhkan" oleh pentadbiran BN terdahulu ekoran skandal 1MDB.

Mengulas lanjut, Hassan berkata apa yang didedahkan Wong itu tidak jelas dan meminta pengerusi PAC sekarang, Datuk Ronald Kiandee untuk memberi penjelasan lanjut mengenainya.

“Kita minta pengerusi PAC untuk jelaskannya lebih lanjut,” katanya ringkas.

Pada tahun 2014 dan awal 2015, dakwaan tentang masalah dalam 1MDB serta kisah gaya hidup mewah ahli perrniagaan kontroversi, low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menjadi perhatian dan mula memenuhi media antarabangsa.

Dakwaan utama yang menghimpit pentadbiran perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, yang kemudiannya disahkan benar, adalah pindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada Good Star Ltd - syarikat yang didaftarkan di kepulauan Seychelles.

Syarikat itu kemudian diketahui dikawal oleh Jho Low.

Menjelang Mac 2015, Najib mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit terhadap akaun 1MDB dan memberikannya kepada PAC untuk siasatan lanjut. Beliau berjanji proses itu akan berjalan dengan telus.

Laporan 500 halaman itu siap hampir setahun kemudian, tetapi kerajaan mengambil langkah mengklasifikasikannya sebagai rahsia - hanya untuk PAC sahaja.

Pentadbiran Najib kemudian mendakwa PAC - yang turut dianggotai pembangkang - telah membersihkan namanya daripada sebarang kesalahan, walaupun laporan itu membangkitkan banyak kejanggalan dalam urus niaga 1MDB.

Status rahsia laporan itu akhirnya dibatalkan pada 15 Mei, kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU ke-14.




https://www.malaysiakini.com/news/449588
 
PAC sahkan penangguhan prosiding 1MDB atas nasihat AG

Diterbitkan 30 Okt 2018, 4:50 petang

fd784c37bf5178225c0ba46d07ba6fa4.jpeg


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan prosiding 1MDB semalam ditangguhkan selepas mendengar pandangan Peguam Negara Tommy Thomas.

"Saya menerima surat daripada peguam negara pada 25 Oktober 2018, Khamis, yang memberi pandangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen untuk menangguhkan sine die prosiding berkaitan dengan syarikat 1MDB.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli PAC Parlimen, saya serta beberapa ahli PAC mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

"Lanjutan daripada perbincangan berkenaan, PAC Parlimen akan mengadakan pertemuan dengan peguam negara secepat mungkin bagi membincangkan perkara mengenai penangguhan berkenaan dengan lebih lanjut," kata Pengerusi PAC Parlimen Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan media hari ini.

Anggota parlimen Beluran itu bagaimanapun tidak mendedahkan alasan yang diberikan peguam negara di sebalik penangguhan prosiding itu.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Pejabat Peguam Negara menasihatkan PAC menangguhkan prosiding itu dan menyatakan kebimbangan prosiding itu boleh menjejaskan perbicaraan jenayah yang sedang berlangsung yang turut melibatkan 1MDB.

Ogos lalu, Dewan Rakyat membenarkan siasatan ke atas skandal 1MDB dibuka semula oleh PAC dan Jabatan Audit Negara.

Siasatan PAC ke atas 1MDB sepatutnya dimulakan semalam, dengan memanggil bekas ketua audit Tan Sri Ambrin Buang memberi keterangan.

Skandal 1MDB disiasat ketika Ambrin menerajui Jabatan Audit Negara dari Feb 2006 hingga Feb 2017.

Di bawah kerajaan lama sebelum ini, Dewan Rakyat melarang isu 1MDB terutamanya berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ), dibangikitkan di dalam dewan.

Keputusan itu mendapat kritikan dan kecaman pembangkang dan pertubuhan awam ketika itu.

https://www.malaysiakini.com/news/449642
 
Back
Top
Log in Register