BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

PAC - Panggil ramai saksi akan lambatkan laporan 1MDB

9e2a5ef308f5192438c7e4e53705c8c7.jpg


Lebih ramai saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan melambatkan pembentangan laporan mengenai 1MDB di parlimen.

Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin berkata PAC bercadang membentangkan laporan tersebut pada sidang dewan rakyat akan bermula Mac hingga April ini.

Namun sekiranya ahli PAC bersetuju untuk memanggil lebih ramai saksi, beliau berkata ia terpulang kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan.

"Tetapi yang pasti, ia boleh melambatkan proses rumusan sekaligus menyebabkan hasrat saya dan PAC untuk membentangkan Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB dalam sesi Parlimen akan datang tidak akan tercapai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan anggota PAC Tony Pua mengenai keperluan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memberi keterangan.

Menurut Hasan, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah cukup untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat rumusan terhadap urus tadbir syarikat pelaburan negara itu.

"Ia disebabkan segala isu ketika Mohd Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.

"Saya berpandangan sebagai pengerusi 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.

"Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB," ujarnya.

Kelmarin Hassan mengumumkan dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada PAC pada 11 dan 12 Februari ini. Mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
 
Per pny statement nih...klo ada keperluan panggil saksi, kene panggil la..bkn kira lmbt atau cpat..aku harap delay sampai dekat PRU...agar melayu x lupa...hehe
 
Panggil semula saksi 1MDB hanya jika perlu, kata pengerusi PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mengakhiri prosidingnya bagi siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata, hanya akan mempertimbangkan memanggil semula saksi sekiranya wujud keperluan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, keutamaan badan bi-partisan itu ialah mendengar pembentangan ketua audit negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB termasuk menyiapkan laporannya untuk dibentang di Parlimen.

"Selepas daripada pembentangan laporan akhir ketua audit negara ini, jika sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan maklumat membuat laporan berhubung pengurusan kawalan urus tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah jawatankuasa ini akan menimbang memanggil saksi.

"Keutamaan PAC ketika ini, adalah mendengar pembentangan ketua audit negara berhubung laporan akhir pengauditan 1MDB dan menyiapkan laporan PAC bagi dibentangkan ke Parlimen secara telus dan adil,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Prosiding terakhir PAC hari ini memanggil 2 saksi, iaitu bekas pengerusi lembaga pengarah 1MDB Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azrai Ibrahim Halmi, kata Hasan.

Hasan dalam kenyataannya pada minggu lepas berkata, prosiding PAC berhubung kes 1MDB akan berlangsung selama 2 hari iaitu hari ini dan esok.

Bagaimanapun, difahamkan PAC menghabiskan prosidingnya dengan menyoal siasat kedua-dua saksi hari ini.

Hasan berkata, PAC akan mendengar pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan pada 24 dan 25 Februari ini.

Pada masa sama, Hasan juga menyeru rakyat agar tidak meragui dan sebaliknya meletakkan keyakinan terhadap laporan PAC dalam kes 1MDB.

"Untuk pengetahuan semua, ahli PAC terdiri daripada parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS sementara Barisan Nasional (BN) pula dianggotai Umno, MCA, Gerakan, PBB dan Upko.

"Oleh itu, masyarakat umum tidak harus ada keraguan serta perlu yakin terhadap ketelusan laporan yang akan dibentang ke Parlimen nanti,"
katanya. – 11 Februari, 2016.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...perlu-kata-pengerusi-pac#sthash.qWgqLy09.dpuf
 
PAC - Panggil ramai saksi akan lambatkan laporan 1MDB

9e2a5ef308f5192438c7e4e53705c8c7.jpg


Lebih ramai saksi dipanggil untuk memberi keterangan dalam jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan melambatkan pembentangan laporan mengenai 1MDB di parlimen.

Pengerusi PAC, Datuk Hassan Arifin berkata PAC bercadang membentangkan laporan tersebut pada sidang dewan rakyat akan bermula Mac hingga April ini.

Namun sekiranya ahli PAC bersetuju untuk memanggil lebih ramai saksi, beliau berkata ia terpulang kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan.

"Tetapi yang pasti, ia boleh melambatkan proses rumusan sekaligus menyebabkan hasrat saya dan PAC untuk membentangkan Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB dalam sesi Parlimen akan datang tidak akan tercapai," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan anggota PAC Tony Pua mengenai keperluan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi memberi keterangan.

Menurut Hasan, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah cukup untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat rumusan terhadap urus tadbir syarikat pelaburan negara itu.

"Ia disebabkan segala isu ketika Mohd Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.

"Saya berpandangan sebagai pengerusi 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.

"Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB," ujarnya.

Kelmarin Hassan mengumumkan dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada PAC pada 11 dan 12 Februari ini. Mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Per pny statement nih...klo ada keperluan panggil saksi, kene panggil la..bkn kira lmbt atau cpat..aku harap delay sampai dekat PRU...agar melayu x lupa...hehe

sajer nak drag lama2....

Panggil penasihat Yahudi Najib seorang tu pun dah cukup. Biar pak cik mak cik di kampung tu tahu Najib ni proksi Yahudi.
 
Bakke tak puas hati pengurusan 1MDB, letak jawatan 2 kali, kata naib pengerusi PAC

Bekas pengerusi lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini, beliau meletakkan jawatan 2 kali kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara itu dimaklumkan Bakke kepada jawatankuasa itu selaku saksi terakhir dalam kes 1MDB.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, dalam prosiding hari ini, Bakke hanya memaklumkan alasan yang menyebabkan beliau meletak jawatan dalam syarikat kontroversi yang terbabit skandal hutang RM42 bilion itu.

"Bakke (mengakui) dilantik menjadi pengerusi, tapi beliau tidak puas hati dengan pengurusan, dan kemudiannya letak jawatan.

"Jadi, beliau cerita mengapa beliau meletak jawatan dalam 1MDB, (iaitu) kerana beliau tidak berpuas hati. Itu saja,"
katanya sewaktu dihubungi The Malaysian Insider.

Bakke menjadi saksi dalam prosiding terakhir PAC hari ini melibatkan kes 1MDB, selain bekas ketua pegawai eksekutif Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Prosiding tersebut bermula kira-kira jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang di mana media tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen bagi membuat liputan.

Dr Tan berkata, Bakke memaklumkan kepada PAC, beliau meletakkan jawatan sebanyak 2 kali, kali pertama pada 7 April 2009 dan kali ke-2 pada 11 Oktober 2009.

"Beliau berkata, pertama kali meletakkan jawatan sebab pengurusan (1MDB) tidak ikut kehendak beliau, (tetapi) kemudian dilantik semula.

"Namun Bakke berkata, kerana cadangannya (sekali lagi) tidak diikuti (pengurusan 1MDB), maka beliau letak jawatan semula. Bakke seorang lelaki yang baik,"
katanya.

Bakke ketika ini memegang jawatan presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby.

Julai lalu, The Star melaporkan 2 pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Laporan akhbar bahasa Inggeris itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Bakke dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan. – 11 Februari, 2016.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-2-kali-kata-naib-penger#sthash.OsH1q7EU.dpuf
 
1MDB: Laporan PAC menunjukkan dakwaan Tun Mahathir tidak benar - Najib

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang melaporkan RM42 bilion tidak hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini tidak benar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyatakan demikian dalam sebuah kenyataan selepas pihak PAC mendedahkan hasil siasatan mengenai syarikat pelaburan negara itu di Dewan Rakyat hari ini.

“Sekarang ini jelas bahawa dakwaan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah tidak benar. Beliau didorong kepentingan peribadi, bukan kepentingan nasional, dan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Najib mengakui mengenai hasil siasatan PAC yang juga menemui kelemahan dalam struktur kewangan dan pengurusan 1MDB.

“Kami akan mengkaji dan bertindak berdasarkan cadangan laporan tersebut. Kami harus memastikan kita belajar daripada perkara ini, dan tindakan akan dibuat jika sebarang salah laku dikenal pasti,” katanya.

Tambah Najib, tumpuan seterusnya perlu diberikan kepada perancangan dan pengukuhan ekonomi, dalam menghadapi cabaran global.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...dakwaan-tun-mahathir-tidak-benar-najib-101504
 
1MDB: Laporan PAC akan diperhalusi Kabinet- Khairy

Hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibawa ke Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata hasil rumusan dan cadangan dari siasatan itu akan diperhalusi secara menyeluruh terlebih dahulu oleh jemaah menteri sebelum tindakan diambil.

"Jemaah menteri akan melihat secara serius rumusan dan cadangan yang telah dibuat PAC berkenaan urusniaga 1MDB.

“Perbincangan akan dibuat dengan jemaah menteri dahulu dan selepas itu sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh PAC hari ini, "
katanya selepas berucap di majlis Luncheon Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Laporan PAC ke atas 1MDB di Dewan Rakyat pada Khamis, antara lain mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu 'kurang memuaskan’.

Dapatan itu menjurus kepada kelemahan tadbir urus syarikat pelaburan negara itu.


Antara lain laporan itu mencadangkan agar siasatan turut dilakukan ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Keputusan itu turut mendapati, syarikat itu bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk, sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-laporan-pac-akan-diperhalusi-kabinet-khairy-101502
 
Laporan PAC: Lembaga pengarah mahu letak jawatan

Syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Lembaga Pengarahnya telah menawarkan peletakan jawatan kepada Kementerian Kewangan, pagi tadi.

Melalui satu kenyataan media, 1MDB memberitahu keputusan sukar itu diambil susulan pihaknya percaya ia sebagai tindakan yang betul pada situasi ini.

“Berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang merupakan 100 peratus pemegang saham 1MDB.

“Ia bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC,”
katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Hari ini,hasil siasatan PAC ke atas 1MDB yang dibentangkan mendapati struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat strategik itu kurang memuaskan yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

Dalam kenyataan sama, 1MDB yang mengambil maklum isi kandungan laporan itu turut menekankan bahawa laporan PAC tersebut turut mengesahkan syarikat itu tidak memindahkan RM 2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang telah didakwa sebelum ini.

“Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes ‘RM42 bilion hilang’, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Lembaga Pengarah melihat Laporan PAC ini sebagai sebuah dokumen menyeluruh dan muktamad yang telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat,”
katanya.

Menurut 1MDB, pihaknya dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC telah mengenal pasti kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh syarikatnya itu.

“Namun adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut. Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama dengan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

“Pihak umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM 1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya.

“Meskipun berdepan cabaran ini, Lembaga Pengarah telah membuat yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada kerajaan,”
katanya.

Jelasnya, sebaik sahaja ketidakpadanan aliran tunai dikenal pasti pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB.

“Ini membawa kepada perlaksanaan kajian strategik yang seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan yang telah menyelesaikan beban hutang 1MDB.

“Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperoleh daripada penjualan Edra dan ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan untuk membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur,”
katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-pac-lembaga-pengarah-mahu-letak-jawatan-1.507070
 
Panggil penasihat Yahudi Najib seorang tu pun dah cukup. Biar pak cik mak cik di kampung tu tahu Najib ni proksi Yahudi.

manaade...
saye tak pecaye kate awak, sb saye tonton dan pecaye kata kata kat tv:eek:

sebenarnya anwar agen@proksi yahudi, kata mereka:-?:eek:
 
Back
Top
Log in Register