BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC Siasat 1MDB [Update]

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatan sendiri terhadap firma pelaburan negara 1MDB, tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri meminta ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporannya akan diserahkan kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin juga menggesa 1MDB memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan kepada mereka khususnya yang dilaporkan di media sosial.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong syarikat itu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadapnya.

"Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata lembaga pengarah 1MDB perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang dianggapnya "kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan".

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam,"
katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/291203
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri berhubung isu 1MDB

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.

Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita.

Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif.

Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.

1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
 
Last edited:
Anti-corruption group Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) has urged the Public Accounts Committee (PAC) proceedings on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to be open to the public.

“This will set unprecedented levels of openness, elevate civic consciousness, and foster greater participation in public administration affairs in this country.

“We need to urgently rebuild our nation’s honour and inspire public confidence once again,” said C4 executive director Cynthia Gabriel.

Presently, the PAC’s hearings are all conducted behind closed doors.

In a statement today, Cynthia said C4 welcomed PAC chief Nur Jazlan Mohamed’s (photo) announcement that the committee would investigate 1MDB’s dealings.

However, she said PAC needs to clarify the scope of its investigations to the public.

“This is crucial to level off expectations against the auditor-general’s investigations,” she said.

Earlier today, Nur Jazlan had announced that the PAC would commence its investigations on 1MDB on May 19, and the letters summoning witnesses to testify had already been sent on May 6.

“PAC believes the committee cannot wait for the Auditor-General's report on the company.

“There is too much perception and speculation among the rakyat who are increasingly worried about the operations and finances of this state investment fund,” he said in a statement today.

The PAC is a bipartisan parliamentary select committee charged with scrutinising public spending.

Of its 13 current members, eight are BN parliamentarians while the other five are from Pakatan Rakyat.

PAC hearings are conducted behind closed doors, it makes its reports and transcripts of its proceedings available on its website months later.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/297955
 
apa nak siasat...yg berkepentingan masih tegoh jawatan tu...
 
terbaik TT. buat susunan dengan tertib
 
Pandang kiri pandang kanan nampak sama je muka . Tak macam melayu pun.
 
Siasat, jangan tak siasat.
Bongkar habis-habisan biar jadi macam menteri lembu dulu.
 
Back
Top
Log in Register