BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAA sedia platform niaga global

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Dari kiri) Timbalan Pengerusi PAA, Saw Ken Wye; Francis dan Pengarah Eksekutif, Datuk Patrick Wong pada sidang media di Putrajaya, kelmarin.​

PAN Asian e-Commerce Alliance (PAA) menjangkakan 10,000 daripada 340,000 ahlinya dari 11 negara akan mendaftar dengan syarikat Pertukaran Pan Asia (PAE), iaitu sebuah portal perniagaan e-pasaran dalam tempoh enam bulan akan datang.

PAA merupakan kumpulan pembekal yang menawarkan perkhidmatan kepada 11 negara Asia dan ia mendapat kelulusan daripada Jabatan Kastam dan dikawal selia agensi perdagangan di negara masing-masing.

Pengerusinya, Francis Norman O. Lopez berkata, PAE adalah platform terbuka yang direka khas untuk urusan jual beli atas talian.

"Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah satu sistem memudahkan urusan belian dan jualan antara negara-negara yang mendaftar dengan PAE.

"Kami menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan perdagangan dan infrastruktur teknologi maklumat di peringkat global," katanya pada pelancaran PAA, di Putrajaya.

Beliau berkata, selari dengan usaha itu pihaknya turut menyediakan pasaran bagi ahli-ahli yang berdaftar dengan sistem tersebut.

"Sasaran kami adalah mendapatkan 340,000 ahli dalam tempoh ditetapkan.

"Kerjasama antara negara Asia ini merupakan perancangan jangka panjang membantu mengembangkan lagi perniagaan ahli," katanya.
 
Back
Top
Log in Register