ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Bazlan, Pengerusi TM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Zamzamzairani ketika pengumuman prestasi kewangan TM bagi separuh pertama 2014 di Kuala Lumpur, semalam.
PENGAMBILALIHAN sepenuhnya Packet One Network (M) Sdn Bhd (P1) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) pada suku ketiga tahun ini dijangka membantu menyumbang peningkatan kepada perolehan kumpulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, menerusi pengambilalihan itu TM yakin untuk mencapai peningkatan perolehan lima ke 5.5 peratus sepanjang tahun ini berbanding RM10.6 bilion tahun lalu.
“Bagi separuh masa pertama berakhir 30 Jun lalu, hasil kumpulan mencatatkan peningkatan lapan peratus kepada RM5.44 bilion daripada RM5.04 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.
“Pertumbuhan kukuh didorong oleh peningkatan positif hasil internet dan perkhidmatan telekomunikasi lain,” katanya selepas sidang media pengumuman prestasi kewangan bagi separuh pertama tahun ini di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, separuh pertama 2014, perkhidmatan internet menyumbang hasil sejumlah RM1.45 bilion, pertumbuhan 13.3 peratus daripada RM1.28 bilion pada tahun sebelumnya.
Manakala hasil data meningkat lima peratus kepada RM1.25 bilion daripada RM1.19 bilion didorong oleh projek-projek pelanggan dan jumlah langganan yang lebih tinggi.
Zamzamzairani juga berkata, pihaknya menyasarkan pembiayaan modal sebanyak 20 peratus berbanding 18 peratus tahun lalu bersandarkan permintaan dan projek pelanggan.
Sementara itu, mengulas berhubung cukai perkhidmatan dan jualan (GST) yang akan dilaksanakan April 2014, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan Osman berkata, pelanggan tidak akan terkesan dengan pelaksanaan itu.
“Sebaliknya pengguna hanya akan merasa kesannya apabila produk-produk yang tidak dikenakan cukai akan dikenakan pada masa akan datang,” katanya.